Lelaki Kongsi Jenis-Jenis Lampu LED Yang Biasa Digunakan Dalam Rumah
Setiap orang apabila dapat sahaja kunci rumah milik sendiri, tentunya tidak sabar untuk menghiasnya mengikut kemahuan dan cita rasa sendiri.
Antaranya termasuklah susun atur barangan perabut, cat rumah, dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi aspek penting dalam pemilihan dekorasi rumah iaitu pencahayaan.
Dalam bab ini, masih ramai belum jelas dan kurang pendedahan, jadi SK hari ini akan berkongsikan hantaran seorang pengguna Facebook, Izzat Hafiy mengenai jenis-jenis lampu LED yang sesuai untuk digunakan mengikut suasana rumah.
Jenis-Jenis Lampu LED Rumah
Tukang cerita lampu. Tapi nak cerita semua jenis pun tak guna juga kalau tak guna dekat rumah sendirikan.
Jadi, saya kongsi sikit lampu yang biasa digunakan di rumah.
Hari ni focus semua LED, betul rumah saya LED sahaja.
Semua lampu ni datang dengan pelbagai bentuk watt ketebalan ikut selera masing-masing menghias rumah.
Downlight


a) Ada dua jenis;
Jenis siling – pasang di permukaan siling dan kena tebuk siling jadi bila siap pasang nampak macam rata dengan permukaan siling.
Jenis permukaan – untuk yang tiada siling terus tebuk ikat di slab (orang panggil tin milo) ada banyak ketebalan.

BACA: Majikan Lebih Suka Graduan Kemahiran, Kebolehpasaran Lebih Tinggi Dari Lepasan Universiti?
Eyeball (saya panggil)

Ni la lampu yang kck tu guna pada track light dan datang dua jenis.
MR16 dan GU10. Secara peribadi, saya suka jenis GU10 sebab lebih tahan lama. Nanti, saya terangkan apa beza dia dekat komen kot.
Vintage led bulb atau industrial led

Secara peribadi, lampu ini untuk hiasan ya bukan menerangi sangat tempat. Cantik untuk hiasan. Datang dari banyak design dan cantik dan nampak filament bulb.
LED tube

Ada dua jenis : T5 dan T8
Saya cuma guna T5 untuk pasang dekat longkang plaster siling rumah sebab T5 ni boleh sambung panjang-panjang dekat hujung dia macam connector senang.
T8 ni secara asasnya pengganti lampu fluorescent (kalimantang) tukar la dekat rumah tu boleh jimat elektrik.

1) Warm white (2700-3000K) – memang kuning ni selalu eyeball memang colour ini
2) Natural white (4000-4500K) – tak kuning dan putih sangat ni sesuai klau tandas nak pasang
3) Cool white (6000-6500K) – putih ni selalu la orang pakaikan di mana-mana
Sumber: Izzat Hafiy via Facebook Kumpulan Tukang Apa Hari Ini