Siakap Keli
kadar fi cetak VOD rm20
Sumber: Sinar Harian

Kadar Fi Cetak VOC Diturunkan Kepada RM20 Bermula Hari Ini

Kadar Fi Cetak VOC Diturunkan Kepada RM20 Bermula Hari Ini 

Kadar fi untuk mencetak Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) di Semenanjung Malaysia akan dikurangkan daripada RM50 kepada RM20 berkuat kuasa hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, mengumumkan bahawa bayaran VOC di Sabah sebanyak RM25 juga akan dikurangkan kepada RM20, manakala kadar fi RM5 di Sarawak akan dikekalkan.

“Penyelarasan ini bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan kadar fi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai pelaksanaan permit kemasukan kenderaan motor asing ke Malaysia (VEP), pengurangan kadar fi mencetak VOC serta tempoh pemeriksaan berkala kenderaan institut memandu di Kementerian Pengangkutan, pada Isnin.

Selain itu, Anthony mengumumkan bahawa kekerapan pemeriksaan berkala bagi kenderaan sekolah memandu akan dikurangkan daripada setiap enam bulan kepada setahun bagi kenderaan yang berusia 10 tahun dari tarikh pendaftaran.

“Bagi kenderaan atas 10 tahun, pemeriksaan adalah setiap enam bulan,” ujar beliau.

Menurutnya, pengecualian pemeriksaan berkala juga akan diberikan kepada kenderaan baharu sekolah memandu yang berumur tidak lebih tiga tahun.

“Dasar ini menggalakkan sekolah memandu menyediakan kenderaan lebih baharu untuk digunakan oleh calon,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berbeza, Anthony memaklumkan bahawa sebanyak 23,649 permohonan pendaftaran permit kemasukan kenderaan motor asing (VEP) telah diterima antara 28 Mei hingga 29 Jun.

“Jumlah ini melebihi permohonan keseluruhan bagi tahun lalu iaitu 15,424,” katanya.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 6,210 tag VEP telah dikeluarkan kepada pemohon dan 1,080 tag telah diaktifkan.

“Penerima diingatkan untuk mengaktifkan tag tersebut dengan memuatnaik gambar nombor pendaftaran kenderaan bersama tag yang telah dilekatkan di https://vepams.jpj.gov.my.

“Tag VEP tidak sah sekiranya tidak diaktifkan,” jelas beliau.

BACA: SPM Kurang Cemerlang & Dipulaukan, Lelaki Kerja Keras Hingga Kini Jadi Jurutera Dengan Gaji Sekitar RM80k

Sumber: Sinar Harian

Sharifah Hannah Adibah