Siakap Keli
komuniti kraf sulaman goyang

Komuniti Kraf Sulaman Goyang Di Negeri Pulau Pinang 

Komuniti Kraf Sulaman Goyang Di Negeri Pulau Pinang

KEPALA BATAS, 1 JULAI 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) mengadakan Program Media Turun Padang bertempat di Negeri Pulau Pinang.

Program ini bertujuan meninjau mengenai perkembangan Komuniti Kraf Sulaman Goyang yang dibangunkan di bawah Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Kepala Batas. PPKK merupakan inisiatif Kraftangan Malaysia yang bertujuan membangun dan mewujudkan komuniti kraf baharu untuk melibatkan diri secara langsung dalam perusahaan kraf bagi menjana pendapatan utama atau sampingan.

PPKK Kraf Sulaman Goyang ini telah melalui 3 fasa yang bermula tahun 2021 sehingga 2022 dan menghasilkan pelbagai produk kraf sulaman goyang seperti sapu tangan, tudung bawal, selendang dan baju kebaya. Keunikan sulaman goyang adalah mempunyai keaslian corak depan serta belakang yang sama dan disulam halus diatas permukaan kain kapas atau kasa robia.

komuniti kraf sulaman goyang

Sehingga 2024, sebanyak 6 PPKK di Negeri Pulau Pinang telah dilaksanakan dengan membangunkan seramai 97 orang komuniti kraf baharu merangkumi bidang kraf tekstil dan aneka kraf. Usaha Kraftangan Malaysia dalam memperkasa komuniti kraf baharu juga turut melibatkan aspek kemahiran keusahawanan. Komuniti Kraf Sulaman Goyang turut menyertai simulasi perniagaan di Festival Kraf Pulau Pinang yang diadakan pada 5 hingga 14 Julai 2024 bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Seberang Perai Arena Convention Centre, Pulau Pinang.

komuniti kraf sulaman goyang

komuniti kraf sulaman goyang

Festival ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada usahawan kraf mempromosi dan mengkomersialkan produk kraf Malaysia kepada masyarakat tempatan dan pelancong. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti Jualan Produk Kraf, Jualan Produk Komuniti, Pameran Produk dan Demonstrasi, Interaktif Kraf, Pameran Institut Kraf Negara (IKN), Tarian Kebudayaan sempena Festival Boria Pulau Pinang, Pameran MYCRAFTSHOPPE, Reruai Pameran Agensi di bawah MOTAC, Jualan usahawan FAMA, Pertandingan Ratu Kebaya, Pertandingan Gusti Lengan, Pertandingan Ayam Serama dan Reruai Pameran Kerjaya.

Nurul Naqiyah