Siakap Keli
polis tahan pelawak isteri
Gambar: BERNAMA

Polis Tahan Pelawak Dan Isteri, Siasatan Kes sebar Maklumat Dalaman Berkaitan IPD Shah Alam

Polis Tahan Pelawak Dan Isteri, Siasatan Kes sebar Maklumat Dalaman Berkaitan IPD Shah Alam

SHAH ALAM  — Seorang pelawak dan isterinya ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, lapor Sinar Harian.

Penahanan dua individu itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sewaktu dihubungi.

Sekitar jam 7 petang, pasangan suami isteri berumur 37 dan 38 tahun terbabit hadir ke Balai Polis Seksyen 9 bagi memberi keterangan sebelum ditahan.

Kedua-dua mereka direman selama dua hari sehingga Rabu selepas dibawa ke Mahkamah Shah Alam dan polis turut merampas telefon bimbit pasangan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sebelum ini, gambar  program lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abd Manan tular di aplikasi Telegram sewaktu program lawatan di IPD Shah Alam.

BACA: PBSI Mohon Maaf Kematian Zhang Zhi Jie, Tanggung Kos Penghantaran Pulang Jenazah

Rayuan Akhir Ditolak, Hukuman Gantung Sampai Mati Terhadap Pembunuh Baby Zara Kekal

Sementara itu, dalam kes yang berasingan, Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas tukang gunting rambut yang juga pembunuh bayi perempuan berusia 11 bulan yang dikenali sebagai ‘Baby Zara’ enam tahun lalu, lapor Sinar Harian.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Rhodzariah Bujang membuat keputusan sebulat suara untuk menolak rayuan terakhir tertuduh, 42, yang ingin mengetepikan sabitan dan hukuman terbabit.

Ketika membaca keputusan, tertuduh menyatakan bahawa sabitan dan hukuman (gantung sampai mati) adalah wajar.

“Ia seperti mana keputusan yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam (pada 20 Ogos 2021) dan disahkan oleh Mahkamah Rayuan (1 Mac 2023).

“Mahkamah berpuas hati, hukuman yang sesuai dijatuhkan ialah hukuman mati kerana jenayah yang dibuat, sangat kejam,” katanya yang bersidang bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, yang merupakan suami kepada pengasuh mangsa, disabitkan membunuh Nur Muazaralfa Mohammad Zainal di sebuah unit di Pangsapuri Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, antara jam 10.30 pagi dan 1.30 tengah hari, pada 7 November 2018.

BACA JUGA: Shahrol Shiro Hantar Anak Salah Sekolah, Terkejut Terima “Call” Dari Guru

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"