Siakap Keli
Wanita Maut Dipercayai Lemas
Kredit: Meanwhile in Malaysia

Wanita Maut Dipercayai Lemas Ketika Hantar Bantuan Makanan Kepada Mangsa Banjir

Wanita Maut Dipercayai Lemas Ketika Hantar Bantuan Makanan Kepada Mangsa Banjir

Sempat berkhidmat untuk komuniti terjejas di daerah Penampang, Sabah, seorang wanita berhati mulia menjadi korban pertama kejadian banjir yang melanda negeri itu ketika ini.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa bernama Monica Ting Siew Kwong, 37, bersama suaminya ketika itu dipercayai baru sahaja menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir yang terperangkap di Pekan Donggonggon pada awal pagi Isnin.

Bagaimanapun, ketika mereka dalam perjalanan pulang daripada lokasi tersebut dan cuba melalui kawasan ditenggelami banjir berhampiran Bulatan Sigah, Jalan Penampang Bypas mangsa dipercayai telah dihanyutkan arus deras.

Suaminya dikatakan turut cuba membantu dengan menarik tangan mangsa, namun usaha tersebut gagal.

Mangsa akhirnya telah ditemui kira-kira jam 8 pagi, pada Isnin

Menurut Sinar Harian lagi, pasukan penyelamat kemudian menemui suami mangsa yang berada dalam keadaan panik.

Dia kemudian memaklumkan isterinya terlah hilang kira-kira 15 minit yang lalu.

Dalam satu video berdurasi 20 saat yang tular di laman Facebook Info X, suami mangsa sempat menceritakan detik cemas dia bersama isteri yang hilang dibawa arus.

Pasukan penyelamat seterusnya melakukan pencarian dengan dibantu oleh suami mangsa. Malah, lelaki tersebut juga dilapor tidak henti-henti memanggil nama isterinya di sepanjang lokasi pencarian.

Menurut laporan lagi, kejadian berkenaan turut dimaklumkan kepada pihak polis untuk bantuan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Jasad mangsa kemudian telah ditemui kira-kira jam 8 pagi pada Isnin.

BACA: Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang Olimpik Paris 2024

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.