Siakap Keli
anak lapor ibu jual tanah
Gambar: Detik.com

4 Anak Lapor Ibu Ke Polis, Dakwa Jual 18 Ekar Tanah Milik Arwah Bapa Senyap-senyap

4 Anak Lapor Ibu Ke Polis, Dakwa Jual 18 Ekar Tanah Milik Arwah Bapa Senyap-senyap

Seorang wanita yang sudah lanjut usia dan berkerusi roda di Indonesia telah ditahan oleh pihak berkuasa susulan laporan polis yang dibuat oleh empat orang anaknya.

Menurut Detik.com, laporan polis dibuat oleh keempat-empat adik beradik perempuan itu pada 7 Jun lepas dan dipercayai berpunca daripada persengketaan melibatkan harta pusaka.

Insiden itu kemudian mendapat perhatian warganet selepas beberapa video dan gambar wanita berusia 77 tahun itu yang berkerusi roda ketika ditahan polis menjadi viral di media sosial.

Lapor portal berita itu lagi, keempat-empat anak wanita itu mendakwa si ibu bersama abang sulung mereka telah menggelapkan harta dan menjual tanah seluas 18 ekar tinggalan arwah bapa.

Empat adik-beradik itu juga mendakwa perbuatan tersebut berlaku diluar persetujuan mereka memandangkan urusan pembahagian harta pusaka berkenaan masih belum selesai.

Susulan itu, wanita berkenaan bersama anak sulungnya turut berdepan dengan pertuduhan memalsukan dokumen dan melakukan penipuan maklumat dalam penjualan tanah berkenaan.

BACA: “Nak Ayah Rehat Ja,” Anak Kongsi Kenapa Ayahnya Berdegil Nak Berniaga Walau Dah Tua

Kronologi kes

Menurut Detik.com lagi, wanita itu didakwa bertindak menjual 18 ekar tanah milik arwah suaminya yang terletak di Kabupaten Banyuasin, Sumsel pada 29 Mei lepas.

Isu mula timbul selepas perkara berkenaan itu disedari oleh empat anak perempuannya dan mendakwa penjualan tersebut dibuat tanpa pengetahuan mereka.

Bagaimanapun, warga emas itu mendakwa dia sudah pun mendapat persetujuan dan mempunyai dokumen kuasa jual yang ditandatangani oleh keempat-empat anak perempuannya.

Peguam kepada wanita itu juga yakin mereka mempunyai bukti yang mencukupi untuk menafikan dakwaan dan laporan yang dibuat oleh anak-anak wanita tersebut.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan wanita itu bertindak menjual tanah-tanah berkenaan kerana mahu menampung kos rawatan perubatan.

Empat anak lapor ibu ke polis, dakwa jual 18 ekar tanah milik arwah bapa tanpa persetujuan

Selain itu, hasil jualan tersebut dikatakan mahu menyelesaikan beberapa urusan lain yang ditinggalkan oleh arwah suaminya.

Manakala anak sulung wanita itu yang turut dilaporkan kepada polis meluahkan rasa terkilan dengan laporan yang dibuat oleh adik-adiknya.

Kata lelaki berkenaan, urusan pembahagian harta tinggalan arwah ayah mereka tertunda kerana perlu menyelesaikan beberapa aspek perundangan terlebih dahulu.

Malah, katanya semua harta-harta tersebut akan diagihkan selepas urusan-urusan yang ada diselesaikan sepenuhnya.

BACA: Bakal Dilaksanakan Mulai 1 Ogos, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Invois LHDN

Sumber: Detik.com, Tribun News

Athirah

When nothing goes right, go left.