Siakap Keli
Malaysia Di Tangga Ke-16
Kredit: Bernama

Malaysia Dijangka Muncul Ekonomi Ke-16 Terbesar Di Dunia Menjelang 2075 – Kajian

Malaysia Dijangka Muncul Ekonomi Ke-16 Terbesar Di Dunia Menjelang 2075 – Kajian

Malaysia dijangka muncul sebagai antara 30 ekomomi terbesar di dunia menjelang tahun 2075, lapor Insider Monkey dalam satu kajian dibuat pihaknya.

Menurut Insider Monkey, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka akan mencecah $4.05 trilion pada tahun tersebut untuk muncul sebagai ekonomi ke-16 terbesar di dunia.

Ekonomi Malaysia yang berorientasikan eksport dengan kekuatan dalam sektor elektronik, minyak sawit dan gas asli itu akan menyumbangkan kira-kira 1.25 peratus kepada KDNK global.

Manakala populasi penduduk Malaysia ketika itu juga dijangka akan mencecah sekitar 41.93 juta orang.

Lima negara yang bakal mempunyai ekonomi terbesar di dunia

Dalam pada itu, Insider Monkey juga menjangkakan China, India, Amerika Syarikat, Rusia dan Indonesia bakal menjadi lima negara ekonomi terbesar di dunia menjelang 2075.

KDNK China dengan kekuatan dalam sektor pembuatan, eksport dan pelaburan besar dalam pembangunan teknologi serta infrastruktur diunjur mencecah $66.16 trilion, menyumbang 20.39 peratus daripada ekonomi global.

Ketika ini, China telah pun mengatasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar daripada segi pariti kuasa beli (PPP). Populasi China pula dijangka menyusut kepada 1.02 bilion orang pada tahun yang sama.

Sementara itu, India disenaraikan sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia menjelang 2075. KDNK India diramalkan mencecah $55.64 trilion dan menyumbang kira-kira 17.21 peratus daripada ekonomi global.

Manakala, penduduk India dijangka meningkat kepada 1.67 bilion orang, menjadikan India sebagai negara dengan populasi penduduk paling ramai di dunia.

Salah satu negara ASEAN turut berada dalam senarai ini

Seterusnya, Amerika Syarikat dijangka hanya mengisi posisi ketiga dalam senarai tersebut. Dengan KDNK diramal mencecah $36.32 trilion, negara itu akan menyumbang kira-kira 11.19 peratus kepada KDNK global menjelang 2075.

Manakala populasi Amerika Syarikat pula dijangka akan mencecah 389.39 juta orang pada tahun berkenaan.

Rusia pula diramal muncul sebagai negara keempat ekonomi keempat terbesar di dunia dengan memegang kira-kira 2.69 peratus KDNK global.

KDNK Rusia dijangka mencecah $8.73 trilion dan populasi penduduknya diramalkan mencapai 120.10 juta.

Indonesia yang berada di kedudukan kelima dijangka akan memegang 2.59 peratus bahagian ekonomi global menjelang 2075.

Insider Monkey melaporkan bahawa KDNK Indonesia diramal mencecah $8.39 trilion, manakala penduduk Indonesia dijangka mencapai 315.82 juta orang.

BACA: PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kuat Di Dunia Pada 2024

Sumber: Insider Monkey

Athirah

When nothing goes right, go left.