“Tinggal Kenangan…” Warga Maya Kongsi Kenangan Manis Bersama Stadium Shah Alam
Baru-baru ini, kerja-kerja meroboh Stadium Shah Alam telah dilakukan bagi memberi laluan kepada projek Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang dijangka siap sepenuhnya pada 2029.
Stadium Shah Alam yang dibina pada tahun 1991 dibuka secara rasmi pada tahun 1994 dengan kapasiti 80,372 orang.

Stadium tersebut bakal digantikan dengan KSSA, komplesk sukan berwajah baharu yang jauh lebih moden dengan kapasiti 35,000 sehingga 40,00 orang.
Difahamkan juga, KSSA akan mempunyai fasiliti bertaraf dunia yang memiliki padang boleh alih (retractable pitch) dan ia merupakan yang pertama di Malaysia.
Dalam masa yang sama, sebahagian rakyat Malaysia meluahkan rasa sedih di platform media sosial susulan runtuhan stadium tersebut sekali gus kehilangan salah satu stadium bersejarah bola sepak tanah air.
Tidak dinafikan, stadium tersebut memegang seribu satu kenangan masyarakat dan penuh dengan nostalgia sejak kali pertama ia dibuka kepada orang awam.

Lebih-lebih lagi, stadium tersebut sering menjadi venue perlawanan akhir Piala Malaysia, Piala FA selain rumah kepada pasukan Selangor FC suatu ketika dahulu.
BACA: Stadium Bertaraf Dunia Bakal Dibina Di Selangor? Pelan Cadangan & Gambaran Dipamerkan di SACC Mall Bermula 26 Januari
Tinggal kenangan….

Sesetengah warga maya berkongsi kenangan mereka pertama kali menjejakkan kaki di stadium tersebut sewaktu awal-awal pembukaan.
“Kenangan dengan arwah ayah. Dari mula stadium dibuka. Naik motor dari Ampang ke Shah Alam untuk tengok bola sama-sama,” kongsi seorang pengguna.
“Pernah hadir perlawanan Dundee United vs Bayern Munich suatu ketika dahulu. Ada kelab Flamengo dari Brazil sekali waktu tu,” komen seorang lagi pengguna.
“Duduk Taman Dato Harun, naik bas lalui Jalan Klang Lama ke Stadium Shah Alam. Balik perlawanan sesak teruk dan hon sana sini. Kenangan. Pernah merembat di padang stadium untuk U15,” luah pengguna lain.
“Tahun 1994, pilihan Selangor lawan Dundee United ketika pembukaan Stadium Shah Alam. Pilihan Selangor Seri waktu itu. Gol penyamaan oleh Arwah Anuar Abu Bakar. Waktu tu lepas peperiksaan Tingkatan 3, dua bas kami pergi,” komen pengguna lain.
“Masih segar ketika perasmian Stadium Shah Alam, pasukan kami cipta model stadium. Pasukan Art Concorde Shah Alam. Kini tinggal kenangan,” kongsi seorang lagi.
“Masih segar ketika launching stadium Shah Alam, pasukan kami bina model stadium, team Art Concorde Shah Alam. Kini tinggal kenangan,” tulis netizen.
Boleh diringkaskan stadium tersebut menjadi saksi buat para peminat bola sepak melihat pemain kesayangan mereka beraksi di padang dan membuatkan rasa kecintaan terhadap suka tersebut semakin membesar.
Sumber: BERNAMA