Siakap Keli
cabutan siri wow merdeka
Sumber : BERNAMA

Cabutan Siri WOW Tawar Hadiah Lumayan, Merdeka Simpan SSPN Terap Nilai Kemerdekaan

Cabutan Siri WOW Tawar Hadiah Lumayan, Merdeka Simpan SSPN Terap Nilai Kemerdekaan

1. Usaha Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam  membudayakan penabungan adalah selari dengan tema hari Kebangsaan bagi tahun  2024 iaitu “Malaysia Madani : Jiwa Merdeka. Budaya penabungan bermula seawal usia  yang pastinya akan membawa kepada merdeka jiwa dan minda akan lebih bermakna  dengan Kempen Cabutan Siri WOW! Merdeka 2024.

Penganjuran kempen ini adalah  usaha dalam memupuk budaya menabung di kalangan ibu bapa di peringkat awal usia  anak-anak bagi tujuan pendidikan tinggi sekali gus mengurangkan kebergantungan  kepada pinjaman pendidikan. Apabila anak-anak dewasa kelak, mereka telah ‘merdeka’  daripada membuat pinjaman pendidikan untuk menyambung pengajian.

2. Melalui kempen ini, PTPTN menawarkan hadiah lumayan iaitu wang tunai  keseluruhan berjumlah RM100,000 untuk 181 pemenang. Hadiah utama berjumlah  RM10,000 untuk 1 pemenang dan hadiah saguhati berjumlah RM500 untuk setiap  180 pemenang. Kempen ini terbuka kepada semua pendeposit Simpan SSPN iaitu  Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus. Tempoh kempen bermula 1 Julai 2024  sehingga 31 Ogos 2024.

3. Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuka akaun atau  membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen. Setiap simpanan bersih RM50  bagi Simpan SSPN Prime akan mendapat satu (1) cabutan, manakala bagi setiap  simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Plus layak mendapat dua (2) cabutan secara  automatik. Menariknya, kelebihan cabutan berganda juga diberikan kepada pengguna  myPTPTN.

Pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan bersih RM50  melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus, akan mendapat lima (5)  cabutan. Manakala pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuat simpanan bersih  RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus pula akan mendapat  sepuluh (10) cabutan.

4. Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, “Semua masyarakat  Malaysia hendaklah mengambil peluang menghayati erti sebenar sebuah kemerdekaan  kerana kemerdekaan itu bukanlah sekadar berkisar tentang sejarah dan perjuangan  semata-mata bahkan kebebasan dari hutang kewangan dan displin dalam membuat  penabungan awal untuk pendidikan anak-anak juga adalah sebuah kemerdekaan,”

5.“Pendeposit bakal menikmati pelbagai keistimewaan dan manfaat menerusi  Simpan SSPN selain berpeluang untuk memenangi hadiah yang lumayan sepanjang  menyertai kempen ini. Simpan lebih, peluang menang pun lebih,” tambah beliau lagi.

6. Simpan SSPN merupakan satu-satunya produk simpanan yang menawarkan  pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000  setahun, memberikan perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan  sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, simpanan  yang dijamin Kerajaan dan patuh syariah.

7. Untuk rekod, sehingga 31 Mei 2024, deposit Simpan SSPN yang diterima adalah  berjumlah RM18.4 bilion dengan akaun sebanyak 6.4 juta. Pembukaan akaun atau  penambahan simpanan boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN  dengan lebih mudah, cepat dan selamat. Layarilah portal rasmi PTPTN di  www.ptptn.gov.my untuk maklumat lanjut.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.