Siakap Keli
empayar: the melaka chronicles

Gabungan Silat dan Sejarah Melaka: Permainan Mobile RPG “Empayar: The Melaka Chronicles” Dilancarkan Julai Ini

Gabungan Silat dan Sejarah Melaka: Permainan Mobile RPG “Empayar: The Melaka Chronicles” Dilancarkan Julai Ini

Melaka, Malaysia – Julai 9, 2024 Univrse Interactive Sdn. Bhd., dengan kerjasama Illogical Sdn. Bhd., Studio  Kembara, dan Luncai Emas, dengan bangganya mempersembahkan permainan mudah alih terbaharu mereka,  “Empayar: The Melaka Chronicles,” di Karnival ICT dan Inovasi MBMB.

Permainan RPG yang dinanti-nantikan ini,  berlatarbelakangkan era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, menjanjikan pengembaraan yang memukau  dan merupakan satu pencapaian bersejarah dalam dunia permainan video Malaysia. 

Latar Belakang yang Kaya dan Penjelajahan Mendalam 

“Empayar: The Melaka Chronicles” membawa pemain ke zaman kegemilangan Melaka, meneroka keindahan dan  cabaran kota melalui mata Andika, seorang pendekar muda (dalam konteks ini, “pendekar” digunakan sebagai  istilah untuk polis pada masa itu) yang berusaha untuk menentang jenayah dan konspirasi yang mengancam  kerajaan dari dalam dan luar.

Dengan latar belakang yang kaya dan naratif yang menarik, pemain akan dibawa  masuk ke dalam dunia penuh misteri dan tipu daya. 

100% Bumiputra 

“Empayar: The Melaka Chronicles” adalah bukti keupayaan luar biasa pemaju tempatan. Dicipta sepenuhnya oleh  bakat tempatan, permainan ini bertujuan untuk memartabatkan warisan budaya Malaysia dan mencipta gelombang  di peringkat antarabangsa.

Berdasarkan kejayaan fenomenal filem “Mat Kilau,” yang diterbitkan oleh Studio  Kembara, permainan ini membawa rasa kebanggaan negara yang sama, kini dapat dirasai melalui permainan  interaktif.

Pengalaman RPG Rogue Lite yang Inovatif 

empayar: the melaka chronicles

Diinspirasikan oleh genre soulsborne, “Empayar: The Melaka Chronicles” menampilkan kerangka RPG rogue lite dengan sistem pengubahsuai yang unik, memastikan setiap permainan menawarkan cabaran yang baru. Pemain  perlu merancang dan mengurus stamina dengan bijak untuk mengalahkan musuh-musuh yang hebat sambil  meneroka dunia Melaka yang terbuka.

empayar: the melaka chronicles

“Empayar: The Melaka Chronicles” menggabungkan penjelajahan dengan  terbuka dan kebebasan untuk meneroka kota Melaka yang megah, dari pelabuhan yang sibuk hingga istana Melaka  yang agung, serta keindahan mempesona di Banda Hilir. 

Bermain secara Percuma

Permainan ini akan tersedia secara percuma dengan pilihan pembelian dalam aplikasi dan iklan, memastikan  aksesibiliti untuk semua pemain.

Dijadualkan untuk dilancarkan di Apple AppStore dan Google PlayStore,  “Empayar: The Melaka Chronicles” juga menjanjikan jalan cerita non-linear, memberikan kebebasan kepada  pemain untuk meneroka dan berinteraksi dengan dunia permainan mengikut kehendak mereka.

Dengan aktiviti  dalam permainan dan sokongan berterusan dalam bentuk musim dan kandungan tambahan, pengembaraan di  Melaka tidak akan pernah benar-benar berakhir. Game ini belum boleh di download buat masa kini, namun dijangka  bakal berada di Aplikasi Android dan IOS pada awal Julai 2024. 

Ketua Pegawai Eksekutif Univrse Interactive Sdn. Bhd., Mohd Hezri Amir Abdul Latif, 37, berkata, permainan yang  bakal dilancarkan di aplikasi telefon pintar tidak lama lagi itu mampu mengangkat kembali sejarah Melaka sebagai  sebuah kota tersohor suatu ketika dahulu kepada generasi muda.

Katanya, permainan RPG yang diperkenalkan  merupakan sebuah permainan penjelajahan karakter yang dicipta dan mengguna pakai peta seperti dalam Kota  Melaka suatu masa dahulu. “Pemain perlu mempunyai satu karakter di dalam permainan ini untuk mengembara  menggunakan peta yang diilhamkan sepenuhnya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

empayar: the melaka chronicles

“Ia juga menyentuh  beberapa penekanan tradisi dan budaya masyarakat Melayu seperti ilmu persilatan dan sebagainya dalam  permainan ini. 

Majlis pelancaran akan dimeriahkan oleh tokoh-tokoh hebat termasuk YB Datuk Hj. Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd  Zin, Timbalan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim, dan Pengurusan Bencana  Negeri Melaka, Encik Mohd Hezri Amir, CEO Univrse Interactive, Encik Amarul Natenan, CEO Illogical Sdn.  Bhd., dan Encik Sharuddin Mat Dali dari Studio Kembara.

Acara ini diadakan di Karnival ICT & Inovasi MBMB  dan merangkumi pelbagai aktiviti menarik seperti car boot sale pertandingan selfie, dan banyak lagi tarikan menarik.  

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan media, sila layari laman web rasmi Empayar di  https://empayarthegame.com/ atau email kami di [email protected]

Tentang Empayar: The Melaka Chronicle: 

UniVRse Sdn. Bhd. adalah pembangun permainan terkemuka yang berpusat di Malaysia, terkenal dengan inovasi  dan penceritaan yang mendalam. Illogical Sdn. Bhd., rakan kerjasama dalam projek ini, membawa kepakaran  dalam reka bentuk dan teknologi yang tiada tandingan.

Bersama-sama, mereka komited untuk mencipta  pengalaman yang bukan sahaja menghibur tetapi juga mendidik pemain tentang sejarah dan budaya Malaysia yang  kaya dengan kerjasama Studio Kembara dan Luncai Emas. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.