Siakap Keli
lgd gaming juara honor of kings

LGD Gaming Muncul Juara Honor of Kings Invitational Musim 2

LGD Gaming Muncul Juara Honor of Kings Invitational Musim 2

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 10 Julai, 2024 – Kuasa besar esukan Honor of Kings, LGD Gaming Malaysia dinobatkan sebagai juara kejohanan Honor of Kings Invitational Musim 2 selepas menewaskan Team Secret pada peringkat akhir kejohanan tersebut.

Sebagai juara, LGD Gaming Malaysia membawa pulang bahagian terbesar daripada hadiah wang tunai terkumpul berjumlah USD$300,000, dan akan mara ke kejohanan Honor of Kings Invitational Midseason di Esports World Cup dari 1 hingga 4 Ogos, di mana 12 pasukan antarabangsa akan bersaing untuk dominasi global.

Awal tahun ini, Honor of Kings telah mengumumkan kerjasama selama tiga tahun dengan Yayasan Esports World Cup yang akan menyaksikan permainan MOBA yang paling banyak dimainkan di dunia ini sebagai acara tetap dalam acara tersebut.

LGD Gaming Malaysia, bersama tujuh pasukan lain yang menduduki tempat tertinggi dalam Honor of Kings Invitational Musim 2 kini bersiap sedia untuk kejohanan Honor of Kings Invitational Midseason | Esports World Cup, di mana mereka akan bertempur untuk merebut sebahagian daripada hadiah wang tunai bernilai USD$3 juta.

lgd gaming juara honor of kings

Di samping itu, antara pasukan yang menyertai Esports World Cup, terdapat dua slot kelayakan, satu untuk negara tuan rumah, Arab Saudi, yang dimenangi oleh Team Falcons yang mara melalui EWC Saudi Qualifier, dan satu untuk Weibo Gaming Malaysia, yang mara dari EWC Last Chance Qualifier.

Terdapat juga dua jemputan – satu ialah barisan pemain All-Star dari King’s Pro League, Liga Pro Honor of Kings China, dan satu lagi mewakili rantau Asia Tenggara yang akan ditentukan menerusi Honor of Kings Southeast Asia Showdown.

BOOM Esports (Filipina) dan Rex Regum Qeon (Indonesia) akan bersaing di Honor of Kings Southeast Asia Showdown untuk slot kelayakan terakhir di Honor of Kings Invitational Midseason.

Honor of Kings Invitational Musim 2 adalah kejohanan terbaru dalam kejohanan Honor of Kings Global Invitational Series, litar esukan kejohanan Honor of Kings yang diumumkan pada awal tahun ini, sehubungan dengan komitmen sebanyak US$15 juta daripada Honor of Kings untuk mengembangkan ekosistem esukan antarabangsa Honor of Kings.

lgd gaming juara honor of kings

Tambahan itu, kejohanan Honor of Kings Open Series juga telah dilancarkan sebagai litar ‘true path-to-pro’ di mana pemain boleh mempamerkan kemahiran mereka untuk merebut peluang mencabar pasukan terbaik dunia. Pendaftaran untuk kejohanan Honor of Kings Open Series Split 2 akan bermula dari 8 Julai hingga 19 Julai, dengan peringkat akhir serantau ditetapkan pada bulan September.

lgd gaming juara honor of kings

Honor of Kings juga akan melancarkan kejohanan Honor of Kings Asia Tenggara untuk pasukan dari rantau ini sebagai sebahagian daripada komitmen jangka masa panjang untuk mengembangkan ekosistem esports. Maklumat lanjut mengenai kejohanan Honor of Kings Asia Tenggara akan diumumkan nanti.

“Tahniah kepada LGD Gaming Malaysia atas kemenangan di kejohanan Honor of Kings Invitational Musim 2,” kata James Yang, Pengarah Kanan Level Infinite Global Esports Center. “Kami tidak sabar untuk menyaksikan pasukan ini dan semua peserta kami di Honor of Kings Midseason | Piala Dunia Esports pada bulan Ogos.

Piala Dunia Esports bakal menjadi acara esukan terbesar yang pernah diadakan dan kami berbangga untuk membawa MOBA paling popular di dunia ke acara ini agar peminat kami di seluruh dunia dapat menikmati sambil menyokong pasukan kegemaran mereka.”

Dalam pertarungan Best of 5 yang mendebarkan, LGD Gaming Malaysia bangkit daripada kekalahan 0-2 pada awal perlawanan, menyapu bersih tiga kemenangan berturut-turut untuk meraih kemenangan dengan mempamerkan kemahiran, dedikasi dan kerjasama berpasukan yang luar biasa.

Acara ini, yang dikuasakan oleh Piala Dunia Esports, dengan Lapakgaming sebagai Rakan Top Up Rasmi, telah menarik kehadiran penonton yang sangat ramai di Sunway Velocity Mall.

Menambah keterujaan pertarungan, Infinix, sebagai Telefon Permainan Rasmi, menyediakan model Infinix GT 20 Pro yang canggih sebagai peranti permainan yang tetap untuk kejohanan ini, memastikan pengalaman kompetitif yang terbaik untuk para peserta. 

Untuk maklumat lanjut mengenai berita tentang Honor of Kings Esports, pastikan anda mengikuti saluran media sosial rasmi kami:

Instagram:@hok_global_esports

Facebook: @hokglobalesports

Twitter: @HoKEsports

YouTube: @hokglobalesports2022

Twitch: @hok_global_esports

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.