Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
persidangan antarabangsa: sejarah kedah tua
Sumber : BERNAMA
Tiada Kategori

Persidangan Antarabangsa: Sejarah Kedah Tua Berdasarkan Catatan Yi Jing, Himpun Sejarawan Seluruh Negara

Nurul Naqiyah

Persidangan Antarabangsa: Sejarah Kedah Tua Berdasarkan Catatan Yi Jing, Himpun Sejarawan Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 11 Julai 2024 – Seramai kira-kira 500 orang penyelidik, ahli akademik dan sejarawan dari dalam dan luar negara menyertai Persidangan Antarabangsa : Sejarah Kedah Tua Berdasarkan Catatan Yi-Jing anjuran bersama Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Arkib Negara Malaysia (ANM) dengan kerjasama Persatuan Kebudayaan Han Malaysia (PKHM).

Majlis perasmian persidangan telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di M Resort & Hotel, Bukit Kiara, hari ini.

Persidangan Antarabangsa: Sejarah Kedah Tua Berdasarkan Catatan Yi Jing dianjurkan bagi menghimpunkan pakar sejarawan untuk berkongsi dan membentangkan dapatan terkini berkaitan sejarah Lembah Bujang (Kedah Tua) menerusi sumber catatan Yi-Jing.

Dalam catatannya, Yi-Jing menggambarkan Kedah Tua sebagai pusat perdagangan yang maju dan masyarakatnya memiliki kebudayaan yang kaya dan unik.

Persidangan ini diadakan bersempena Hubungan Diplomatik Malaysia-China ke-50 tahun pada 2024. Persidangan Antarabangsa ini melibatkan seramai empat (4) orang pembentang kertas kerja dari negara China, dua (2) moderator dan dua (2) ucapan utama, masing-masing dari Malaysia dan China.

Selain itu, persidangan ini juga bertujuan untuk melengkapkan sejarah negara secara lebih konkrit menerusi sebuah sumber luar yang diyakini kesahihannya. Ini termasuk perbandingan secara lebih komprehensif berdasarkan penemuan terkini dalam bidang penyelidikan sejarah dan arkeologi negara.

YB Datuk Aaron Ago Dagang berkata Kementerian Perpaduan Negara menerusi Jabatan Muzium Malaysia dan Arkib Negara Malaysia merupakan dua agensi yang bertanggungjawab dalam menyelidik, mengumpul dan memelihara khazanah negara sama ada dalam bentuk bahan maujud, rekod, manuskrip dan lain-lain.

Pengekalan bukti-bukti sejarah dan ketamadunan ini amat penting untuk diteruskan agar generasi masa hadapan kenal dan cintakan negara berdasarkan fakta sejarah”.

Menerusi kerjasama antara kedua-dua buah jabatan ini, kefahaman dan dapatan dapat mengukuhkan fakta ketamadunan negara yang berupaya memberi nilai tambah kepada pensejarahan negara.

Selain itu, pameran mini turut diadakan menerusi penghayatan sejarah dan warisan negara dalam memperkasa perpaduan, elemen jati diri, patriotisme serta kelestarian peradaban negara bangsa.