Legenda MU, Patrice Evra Dijatuhi Hukuman Penjara 12 Bulan
Bekas pemain Manchester United, Patrice Evra dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan selepas didapati bersalah mengabaikan keluarganya dari 2021 hingga 2023.
Evra yang beraksi di posisi bek kiri bersama gergasi Liga Perdana Inggeris itu didakwa berhutang bayaran alimoni lebih £800,000 kepada isterinya, Sandra Evra dan dua anak mereka.
Kedua-dua pasangan itu telah menfailkan permohonan penceraian pada 2020, namun prosiding berkenaan masih berjalan dan belum dikuktamadkan sehingga ke hari ini.
Dalam pada itu, Goal.com melaporkan hukuman penjara yang dikenakan terhadap Evra telah ditangguhkan selama dua tahun.
Bagaimanapun, Evra perlu membayar denda £3,300 untuk kerosakan moral dan menanggung kos guaman sebanyak £1,600. Bekas pemain kebangsaan Perancis itu kini dalam proses merayu hukuman tersebut.
BACA: Pemilik Akaun Hilang Lebih RM2 Juta, Petugas Bank Disyaki Terlibat Ditemukan Mati
“Evra menfailkan rayuan kerana dia tahu dia sudah menyediakan sebuah apartment, sebuah rumah dengan kolam renang di selatan Perancis dan turut meminjamkan wang sebanyak 2 juta Euro kepada Sandra.
“Bagaimanapun, Sandra enggan memulangkan wang yang dipinjamkan itu dan kini perkara berkenaan menjadi kes hari ini,” kata peguam Evra, Jerome Boursican.
Difahamkan, Evra dan Sandra akan terus menyelesaikan perkara tersebut melalui mahkamah. Manakala, tarikh pendengaran rayuan oleh Evra masih belum diketahui setakat ini.
Sementara Evra difahamkan sudah pun membina keluarga lain dan bersama tunangnya sekarang, Margaux Alexandra, mereka memiliki dua cahaya mata.
BACA: Muhammad Luth Syauqi Mengalir Air Mata Malam Tadi – Ibu
BACA: Hilang Sejak 10 Julai, Polis Mohon Bantuan Kesan Nur Farah Kartini
Sumber: Goal.com