Siakap Keli
bayi merangkak tepi lebuh raya
Sumber: Sinar Harian

Disangka ‘Anak Patung’, Bayi 12 Bulan Ditemui Merangkak Tepi Lebuh Raya

Disangka ‘Anak Patung’, Bayi 12 Bulan Ditemui Merangkak Tepi Lebuh Raya

Seorang pemandu treler baru saja selesai membuat penghantaran barang di Texas dan sedang menuju ke Louisiana, Amerika Syarikat (AS), apabila dia terlihat sesuatu yang kelihatan seperti ‘anak patung’, tetapi sebenarnya seorang bayi merangkak di tepi lebuh raya.

“Saya segera menghubungi talian kecemasan 911,” kata pemandu treler, Reginald Walton, kepada Associated Press (AP) pada Jumaat.

Menurutnya, bayi tersebut duduk dan tersenyum apabila melihatnya.

“Dia kemudiannya cuba bangun dan mula menangis serta menuju ke arah saya. Dia terus berhenti menangis apabila saya memegang tangannya.

“Saya berasa sangat sedih apabila memikirkan ada yang sanggup meninggalkan bayi sendiri di tepi jalan. Saya bersyukur kerana dapat membantunya,” ujarnya lagi.

Difahamkan, pihak berkuasa sedang giat menjejaki ‘bayi ajaib’ itu setelah penemuan mayat abangnya yang berusia empat tahun di sebuah tasik pada awal minggu lalu.

Syerif Calcasieu Parish, Gary Guillory, memaklumkan bahawa bayi lelaki berusia 12 bulan itu dipercayai ‘berlegar-legar’ sendirian selama 48 jam ketika Hurikan Beryl melanda Texas dengan angin kencang dan hujan lebat.

Beberapa jam selepas Walton menyelamatkan bayi tersebut, Guillory mengesahkan bahawa bayi itu berada dalam keadaan baik walaupun tubuhnya dipenuhi kesan gigitan serangga.

Dilaporkan, bayi itu juga akan diserahkan kepada pihak perkhidmatan keluarga negeri.

Dalam pada itu, pada Isnin, pihak berkuasa telah menahan ibu bayi tersebut, 25, di Meridian, Mississippi.

Suspek kemudiannya dikenakan beberapa pertuduhan termasuk pembunuhan darjah kedua di Louisiana.

BACA: Dua Maut Selepas Donald Trump ‘Ditembak’ Semasa Kempen Di Pennsylvania

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.