Siakap Keli
Malaysia guna e-invoicing

Malaysia Belum Sedia Nak Guna e-Invoice ? Mungkin Sebab Faktor-faktor Ini

Malaysia Belum Sedia Nak Guna e-Invoice? Mungkin Sebab Faktor-faktor Ini

Mungkin ramai yang belum tahu, Kerajaan telah memperkenalkan e-Invois di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ia adalah salah satu usaha bagi meningkatkan tahap pengurusan cukai di negara ini, selari dengan pertumbuhan ekonomi digital.

Pelaksanaan ini akan berkuatkuasa bermula 1 Ogos 2024 secara berperingkat.

Secara ringkasnya e-Invois ini membolehkan pengesahan dan penyimpanan transaksi hampir masa nyata. Memenuhi transaksi Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B), Perniagaan-ke-Pengguna (B2C) dan Perniagaan-ke-Kerajaan (B2G).

Baru-baru ini, SK ada bertanyakan kepada peniaga dan orang awam dan peniaga secara rambang sejauh mana pengetahuan mereka tentang e-Invois.

Rata-rata orang ramai sudah mengetahui secara asas dan dah pernah dengar apa itu e- invoicing.

Kurang Yakin Dengan Sistem e-Invoice?

Bagi peniaga kecil pula, ada yang setuju jika sistem ini mampu memudahkan kerja-kerja audit perniagaan mereka.

Namun, ada juga yang kurang yakin dengan kemampuan sistem e-invoicing itu sendiri. Adakah ia mampu untuk berjalan dengan lancar atau tidak?

“Banyak benda yang perlu diteliti, antaranya sistem e-invoicing itu sendiri. Sebab kita tak faham sistem tu berjalan dengan lancar ke tak. Saya kurang yakin,” kata salah seorang responden.

Selain itu juga, ada juga yang mengatakan pihak kerajaan perlu sampaikan dengan berkesan cara penggunaan e-invoicing di setiap peringkat.

Setuju Ke Dikenakan Caj Penyelenggaraan?

Menurut temuramah yang dibuat, peniaga juga tidak kisah jika dikenakan caj pelaksanaan sekiranya caj itu berpatutan dengan servis yang diberikan.

Namun, tidak kurang juga ada yang tidak setuju jika perkhidmatan ini dikenakan bayaran kerana mungkin akan terkesan kepada harga barang.

“Mungkin boleh keluarkan portal yang percuma, setiap benda yang dikenakan bayaran akan terpalit juga dengan harga barang dinaikkan oleh peniaga.”

Pelbagai lagi persoalan dan pendapat orang awam serta peniaga mengenai sistem yang bakal dilaksanakan ini. Korang boleh menonton video di bawah untuk melihat pandangan-pandangan yang berbeza daripada orang awam.

https://www.facebook.com/siakapkeli/videos/455247993980379

Kesimpulan

Kesimpulannya, walau ada yang bersetuju, pelaksanaan e-invoice ini masih lagi ramai yang kurang yakin dan belum bersedia guna di Malaysia.

Mereka juga berpendapat, Kerajaan perlu sampaikan kepada semua peringkat secara berkesan untuk mereka yakin dan memahami pelaksanaan e-invoice ini benar

Sama ada caj penyelenggaraan perlu atau tidak pun harus diperhalusi supaya tiada peringkat yang terbeban. Tak kira orang awam mahupun peniaga.

 

Kesimpulan

Kesimpulannya, walau ada yang bersetuju, pelaksanaan e-invoice ini masih lagi ramai yang kurang yakin dan belum bersedia guna di Malaysia.

Mereka juga berpendapat, Kerajaan perlu sampaikan kepada semua peringkat secara berkesan untuk mereka yakin dan memahami pelaksanaan e-invoice ini benar

Sama ada caj penyelenggaraan perlu atau tidak pun harus diperhalusi supaya tiada peringkat yang terbeban. Tak kira orang awam mahupun peniaga.

Korang setuju tak dan dah bersedia ke e-invoice ni berkuatkuasa 1 Ogos 2024 nanti?

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.