Siakap Keli
rang undang-undang akta ordinan buruh sabah
Sumber : BERNAMA

Rang Undang-Undang Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024

Rang Undang-Undang Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024

Pada hari ini, Kerajaan telah berjaya membentangkan bacaan kali pertama Rang  Undang-Undang Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024.  

Sejak Ordinan Buruh Sabah (OBS) menjadi undang-undang Persekutuan pada 1965,  ini merupakan pindaan kali kedua selepas pindaan pertama pada tahun 2005. 

Justeru pindaan bersejarah ini merupakan usaha hampir 20 tahun untuk  menyeragamkan hak dan perlindungan pekerja di Sabah dengan pekerja di  Semenanjung Malaysia di bawah Akta Kerja 1955.  

KESUMA merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sabah atas kerjasama  menjayakan usaha ini demi kepentingan 2.06 juta pekerja dan 187,365 majikan di  Sabah.  

KESUMA juga mengucapkan terima kasih kepada kesatuan sekerja, wakil majikan  dan pemegang taruh lain khususnya di Sabah yang telah mendukung usaha RUU ini  sehingga berjaya dibentangkan. 

Pindaan kali ini melibatkan 16 perkara utama meliputi 70 fasal untuk menyelaras  undang-undang perburuhan yang merangkumi tiga (3) akta utama iaitu Akta Kerja  1955 [Akta 265], Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan  Pekerja 1990 [Akta 446] dan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966  [Akta 350] yang dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia. 

Perkara-perkara utama dalam pindaan RUU Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan)  2024 adalah seperti berikut: 

  1. liputan pemakaian akta diperluaskan daripada pekerja bergaji RM2,500.00 ke  bawah kepada semua pekerja tanpa mengira had gaji atau jenis pekerjaan; 
  2. tempoh cuti bersalin telah dinaikkan daripada 60 hari kepada 98 hari;  

iii. cuti paterniti yang tidak diperuntukkan sebelum ini dalam OBS kini diberi  kepada bapa sebanyak 7 hari;

KSM.100-2/1/1 JLD. 3 ( 63 )

1. waktu bekerja dikurangkan daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam  seminggu;

2. peruntukan baharu tentang aturan kerja anjal (flexible working arrangement); vi. peruntukan tentang aduan diskriminasi di tempat pekerjaan; vii. peruntukan tentang aduan buruh paksa; 

viii. Bahagian baharu iaitu Part XVA tentang gangguan seksual (sexual  harassment); dan 

  1. penambahan Bahagian Baharu IVA untuk perumahan, penginapan dan  kemudahan pekerja dengan mengadaptasi Akta 446. 

Pembentangan RUU ini akan memastikan pematuhan undang-undang buruh negara  kepada piawaian perburuhan antarabangsa khususnya, International Labour  Organization (ILO) Declaration on Fundamental Principles and Rights at Work 1998,  bagi meningkatkan imej Malaysia, seterusnya menarik lebih ramai pelabur khususnya  dari luar negara. 

Pindaan penyeragaman Ordinan Buruh Sarawak dengan Akta Kerja juga telah  mendapat persetujuan Kerajaan Sarawak dan kini sedang dalam proses perincian draf  RUU. Pindaan Ordinan Buruh Sarawak dijangka akan dibentangkan dalam sidang  Parlimen akan datang. 

KESUMA yakin bahawa pindaan kedua-dua ordinan ini akan memberi kesan positif  yang besar kepada kebajikan dan hak-hak pekerja di Sabah dan Sarawak seterusnya  meningkatkan imej Malaysia amnya di persada antarabangsa.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.