Siakap Keli
penjaga gol paling santai
Kredit: TikTok Abam Syahmin

Penjaga Gol Paling Santai, Gelagat Abam Cuit Hati Warga Maya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penjaga Gol Paling Santai, Gelagat Abam Cuit Hati Warga Maya

Sukan futsal kini semakin terkenal kerana ia lebih ringkas dan memerlukan lebih sedikit pemain serta keluasan padang berbanding bola sepak.

Dengan hanya empat pemain dan seorang penjaga gol bagi setiap pasukan, permainan sudah boleh dimulakan.

Futsal juga lebih mudah diurus dan tidak terlalu memenatkan bagi pengadil yang perlu mengikuti pergerakan pemain, menjadikannya sangat sesuai untuk kanak-kanak.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan gelagat seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai ‘Abam’, yang begitu santai ketika bertugas sebagai penjaga gol pasukannya.

Sukan anjuran prasekolah ini mendapat perhatian warga maya dengan telatah Abam yang begitu yakin tidak akan ada sebiji bola pun perlu ditepisnya.

@abamsyahmin

Masuk kemain semangat, bila dah main dia boleh santai tangan dalam poket 🤦🏻 #futsal5tahun #futsalkanakkanak

♬ Ho no no no 1 – la roca

Dalam video tersebut, Abam kelihatan sangat bersemangat masuk ke padang untuk perlawanan bersama pasukan lawan.

Namun, ketika kamera merakam aksinya, Abam dilihat sangat santai dengan tangan dimasukkan ke dalam saku seluar sambil melihat rakan sepasukan mengawal bola di barisan pertahanan.

Penjaga gol paling santai, Abam percayakan pasukannya

Gelagatnya yang seperti seorang ‘handalan’ profesional menimbulkan pelbagai lucu daripada warga maya.

“Bila keeper dah percaya dekat defender 100 peratus tu yang siap tangan masuk poket,” komen seorang warga maya.

“Keeper terbaik ni. Dia tengok je pun dah boleh tahu situasi bola dan serangan tak merbahaya. Dia sangat percaya pertahanan dia,” ulas seorang lagi warga maya.

“Dia percaya kepada team dia,” puji warga maya.

“Selagi bola tak kena kaki aku, aku tak nak keluarkan tangan,” lakon seorang lagi warga maya yang terhibur.

“Suruh jaga gol kan? Bukan jaga bola,” seloroh warga maya lagi.

Abam yang baru berusia lima tahun memang minat bermain futsal, menurut ibunya ketika ditemu ramah oleh SK.

“Abam memang minat futsal. Dia suka tengok video dia sendiri dan cakap sebab bola tak masuk lah dia duduk diam,” ujar ibunya.

SK mendoakan suatu hari nanti Abam akan menjadi penjaga gol terbaik buat pasukannya. Santai.

BACA: Belajar Tebar Sejak Usia 8 Tahun, Adli Kini Tak Kekok Terbangkan Roti Canai

BACA: Selipar Jepun Kini ‘Sandal Trendy’, Dijual Lebih RM5,000 Di Arab Saudi

BACA: Durian Brûlée: Pemanis Mulut ‘Teatime’ Ala Paris

Sumber: Abam Syahmin via TikTok

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: