Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Kereta Elektrik Cas
Gambar: X @aidfawzal

Kenapa Kereta Elektrik Tak Boleh Cas Sambil Memandu? Ini Jawab Dr Aid Fawzal

Iqbal Yasir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kenapa Kereta Elektrik Tak Boleh Cas Sambil Memandu? Ini Jawab Dr Aid Fawzal

Sebut tentang kenderaan elektik atau Electric Vehicle (EV), mula diperkenalkan dalam pasaran automobil dalam negara mahupun global.

Salah satu sebab pengenalan kenderaan ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap petrol sekaligus mengurangkan pengeluaran kesan rumah hijau.

Walau bagaimanapun terdapat sedikit kelemahan mengenai kenderaan ini dimana ia perlu dicas untuk dapat bergerak semula.

Perkara ini tentunya mengambil lebih banyak masa untuk kereta kembali bergerak semula.

Oleh itu, sesetengah orang mempersoalkan mengapa kereta ini menggunakan dynamo sebagai salah satu alternatif untuk memgecas elektrik sambil memandu?

Menurut Dr Aid Fawzal, merupakan lepasan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Automotif mempunyai pendapat sendiri mengenai isu ini.

Tak boleh ke kereta EV letak satu dinamo, boleh cas elektrik sambil berjalan kan?

Jelasnya, kaedah ini tidak boleh diaplikasikan dalam teknologi ini kerana tidak membawa manfaat.

“Analogi mudahnya adalah sama macam sambil berlari, sambil kita minum air atau makan. Berlari entah ke mana, minum atau makan entah ke mana.

“Saya gunakan analogi itu sebab berlari ni sama konsep dengan kita gunakan tenaga untuk bergerak.

“Pada EV, tenaga elektrik ditukar menjadi tenaga mekanikal untuk memusingkan tayar.

“Kemudian hal minum atau makan itu pula sama konsep dengan cuba untuk kembalikan tenaga. Kalau kita buat macam gambar itu, letak dinamo pada tayar, kita sebenarnya menyukarkan kereta bergerak.

“Tenaga elektrik yang nak tukar kepada tenaga mekanikal untuk pusingkan tayar tu tambah kerja, sekarang kena pusingkan dinamo pula,” kongsinya di platform X.

BACA: Ramai Cadang Guna Sistem Penyembur Air Di Malaysia, Ini Jawapan Dr Aid Fawzal

Tambah Dr Aid, dalam sistem kejuruteraan, elemen ini dikenali sebagai ketirisan tenaga parasit atau ‘parasitic losses’.

“Pula tu, setiap kali tenaga berubah bentuk, akan ada ketirisan (losses) lain. Gambar bawah ini tunjukkan macam mana tenaga elektrik pada motor akan ada ketirisan dalam pelbagai faktor sebelum dapat jadi tenaga mekanikal yang memusingkan tayar.

Gambar: Electrical Technology via X @aidfawzal

“Dah kalau tayar bergolek dan kemudiannya nak pusingkan dinamo atau generator pula, boleh tengok gambar ni berapa banyak ketirisan (losses) tenaga akan berlaku.

Gambar: Electrical Easy via X @aidfawzal

“Untuk mudah faham, bayangkan tenaga elektrik tu 100 peratus, tolak 8 peratus ketirisan stator, tolak 9 peratus ketirisan rotor, tolak 4 peratus ketirisan mekanikal sama dengan berbaki 79 peratus tenaga mekanikal untuk gerakkan kereta.

“Kata la hanya 50 peratus sahaja guna untuk gerakkan kereta. Baki 29 peratus boleh la guna untuk pusingkan dinamo atau generator itu.

“29 peratus, tolak 4 peratus ketirisan mekanikal, tolak 8 peratus ketirisan tengah, tolak 7 peratus ketirisan kuprum, tolak 3 peratus lain-lain. Akhirnya 7 peratus tenaga sahaja jadi tenaga elektrik balik. Berbaloi ke?” jelasnya lagi.

Gambar: EV Up X @aidfawzal

Sehubungan itu, Dr Aid memberitahu regenerative breaking merupakan solusi bagi perkara ini. Caranya adalah motor elektrik pada EV berubah menjadi generator sewaktu kita cuba memperlahankan kereta.

Dengan ini, tenaga kinetik daripada kereta yang bergerak dapat diubah menjadi tenaga elektrik.

Sumber: X @aidfawzal

BACA JUGA: Ramai Tak Tahu, Ini Fungsi “Grill” Di Bahagian Depan Kereta