Siakap Keli
omoda e5 kereta ev

Omoda E5: Pandu Kereta EV, Mata Asyik Tengok Peratus Bateri

Omoda E5: Pandu Kereta EV, Mata Asyik Tengok Peratus Bateri

Memiliki sebuah kereta elektrik (EV) bukanlah pilihan terbaik untuk semua orang.

Tapi apa yang pasti, pemilik EV adalah orang yang yakin bahawa kereta elektrik ini boleh diharap.

Chery Malaysia baru-baru ini membenarkan SK merasai pengalaman memandu satu-satunya model EV mereka iaitu Chery Omoda E5.

Chery Omoda E5 adalah kereta EV jenis SUV yang juga memiliki model petrol iaitu Chery Omoda 5.

Tanda harga untuk EV pertama dari China yang dipasang (CKD) di Malaysia ini ialah 146,800 tanpa insurans.

Jarak memandu untuk satu pengecasan penuh sejauh 430km dan dipacu dengan motor elektrik 150kW dan 340 Nm torque.

Omoda E5 ini juga menyokong pengecasan Arus Ulang-Alik (AC) 9.9kW dan Arus Terus (DC) sehingga 80kW.

Best Ke Pandu EV?

Dari segi pemanduan, beberapa kereta elektrik yang SK pernah pandu, SK boleh katakan daya pecutan kereta EV ini sangat responsif.

Begitu juga dengan Omoda E5. Pecutan dari 0-100km/h hanya mengambil masa 7.2 saat sahaja. Tak kurang juga handling yang secukp rasa.

Memang dari segi pemanduan SK berpuas hati dengan Omoda E5 ni. Memang ada beza dengan kereta ICE.

Secara keseluruhan, dari sudut pengalaman pemanduan SK boleh bagi markah 8/10 untuk Omoda E5.

*SK menulis atas kapasiti sebagai pemandu biasa bukan pakar dalam pemanduan

Ketahanan Bateri

Secara teori, Omoda E5 boleh dipandu sehingga 430km untuk satu pengecasan penuh.

SK pandu Omoda E5 ini pulang ke kampung dari Cyberjaya ke Negeri Sembilan.

Dari Cyberjaya ada 90% dan sampai ke kampung tinggal 65-70% bateri untuk jarak perjalanan lebih kurang 100km.

Resah Dengan Peratus Bateri

Kalau korang ada perangai resah macam SK yang asyik tengok peratusan bateri je, korang kena pertimbangkan balik nak beli EV.

Daerah kampung SK memang belum ada stesen pengecas kereta dan kalau nak cas pun hanya boleh pakai kepala 3-pin sahaja yang akan makan masa lebih lama.

Ketika memandu, mata SK acapkali melihat kepada peratusan bateri yang menurun dan semakin menurun.

Untuk kadar pengecasan di stesen pula, setakat yang SK jumpa ia bermula dari RM1.40 sehingga RM1.60 per kWh.

Keselesaan

Dari segi keselesaan dalam kabin, SK boleh katakan Omoda E5 ini selesa secukupnya untuk pemanduan jarak jauh.

Tempat duduk dibalut kulit ala-ala bucket seat sekadar cukup untuk bagi keselesaan ketika memandu.

omoda e5 kereta ev omoda e5 kereta ev omoda e5 kereta ev

Kereta ini juga dilengkapi dengan sambungan Apple Carplay dan Android Auto tanpa wayar serta pengecas telefon tanpa wayar.

Port pengecasan jenis C dan USB juga disertakan di bahagian hadapan dan belakang kabin.

Bahagian tempat duduk belakang pula siap ada arm-rest dan cup holder untuk penumpang belakang.

Secara keseluruhan, dari segi keselesaan SK boleh berikan 7/10 untuk Omoda E5 ini.

Kesimpulan

Memiliki kereta EV sebagai kereta harian mungkin sesuai di kawasan bandar kerana stesen pengecasan yang makin banyak tumbuh.

Ada juga yang berpendapat, pemilik kereta EV perlu memasang Wall Box Charger di rumah dan hanya cas ketika berada di rumah.

Untuk menjadikan kereta EV untuk perjalanan jauh boleh jadi sesuai jika kita merancang perjalanan mengikut jarak yang boleh kita pandu.

Untuk tempahan atau nak pandu uji boleh klik SINI

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.