Tip: Anda Wajib Periksa 4 Benda Ini Sebelum Beli Kereta Second Hand
Membeli kereta second hand sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri. Berbanding kereta baru, anda tidak perlu menunggu berbulan-bulan, paling lama mungkin hanya beberapa minggu.
Jika bertuah, anda juga boleh mendapat kereta idaman dengan spesifikasi dan varian yang lebih baik pada harga lebih murah daripada pasaran.
Pada masa ini, ramai orang yang bercita-cita ingin memiliki kereta, lebih-lebih lagi kerana ianya merupakan satu keperluan.
Dengan pelbagai cabaran kini termasuklah faktor kewangan, membeli kereta second hand sering menjadi pilihan kebanyakan orang.
Namun, tidak dapat dinafikan bahawa ketakutan terbesar membeli kereta second hand adalah risiko penipuan.
Sebab utama kebimbangan ini adalah kerana kereta second hand sebelumnya telah dimiliki oleh orang lain sebelum menjadi hak milik kita.
Sebagai pembeli baharu, kita biasanya tidak tahu sejarah sebenar kereta tersebut, kecuali apa yang diberitahu oleh penjual.
Walaupun kereta second hand, ia tetap kereta ‘baru’ bagi kita, jadi tidak seronoklah sekiranya belum lama digunakan, sudah perlu dibawa ke bengkel.
Risau kena ‘scam’ dengan penipu? Periksa 4 benda ini sebelum beli kereta second hand
Justeru, untuk mengelakkan anda daripada menjadi mangsa ‘scam’, SK hari ini ingin berkongsi empat tip sebelum beli kereta second hand.
Tips berguna ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi laman Tiktok @altimatsaujana.
@altimatsaujana Periksa 4 benda ni sebelum beli kereta secondhand! #altimatautoexpert #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelkeretasaujanautama #bengkelkereta #bengkelbumiputera #bengkel #bengkelrepair #automotif #repairkereta #automotive #fyp
Pertama, periksa tali pinggang keledar. Tarik tali pinggang keledar kereta berkenaan sampai ke hujung gulungan (sehingga tidak boleh ditarik lagi).
Periksa sama ada hujung gulungan tali pinggang keledar itu terdapat kesan lumpur, pasir atau kekuningan. Sekiranya ada, berkemungkinan kereta berkenaan pernah ‘tenggelam’ dalam banjir.
Kedua, periksa skru di bahagian bonet (depan) kereta. Sekiranya skru-skru tersebut menunjukkan kesan seperti pernah dibuka, berkemungkinan kereta tersebut pernah terlibat dalam kemalangan.
Ketiga, periksa getah hitam di bahagian pintu kereta. Tarik bahagian getah itu dan lihat permukaan badan kereta di sebalik getah.
Periksa sama ada terdapat kesan kemek, tidak rata atau welding sambungan. Sekiranya ada, maka berkemungkinan bahawa kereta tersebut pernah terlibat kemalangan dan terbalik.
Keempat, periksa bahagian penutup minyak enjin. Sekiranya terdapat kesan kotoran seperti lumpur dan sebagainya, berkemungkinan kereta tersebut juga pernah ‘tenggelam’ dalam banjir.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
BACA: Tak Sangka, Ini 6 Sukan Yang Pernah Ada Tapi Kini Tidak Wujud Lagi Dalam Sukan Olimpik
BACA: Suhu Cecah 50 Darjah Celsius, Ini 10 Tempat Terpanas Di Dunia
BACA: Malaysia Negara Ke-2 Paling ‘Stress’ Untuk Pemandu Baru Belajar Memandu- Kajian
Sumber: Altimat Saujana Utama via TikTok