Kalau Pandai ‘Setting’ Mesti Jadi, Ini Cara Nak Jadikan Hasil Gambar Korang Bernilai RM20k
31 Ogos yang tiba setiap tahun merupakan tarikh yang amat penting kepada rakyat Malaysia.
Pada hari tersebut, kita mengenang segala pengorbanan para pejuang untuk memerdekakan tanah air ini.
Tarikh tersebut pada 1957 amat bermakna kerana Malaysia akhirnya merdeka dan seterusnya menjadi simbol penyatuan semua kaum yang ada.
Jadi, sempena Hari Merdeka yang akan kunjung tiba tidak lama lagi ini, elok kiranya jika kita terus suburkan semangat perpaduan rakyat Malaysia.
Ada banyak yang anda boleh buat, salah satunya dengan menyertai kempen United by Culture yang dianjurkan oleh MyTOWNKL.
Bukan itu sahaja, dengan menyertai peraduan yang disediakan, seperti mengambil gambar bertema perpaduan dan kebudayaan, hadiah bernilai sehingga RM20,000 boleh menjadi milik anda.
Jadi, usah bertangguh, jom kami kongsi dengan anda macam mana nak ambil gambar yang berharga sehingga RM20,000 sempena bulan kemerdekaan ini.
Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu menyertai peraduan yang dianjurkan oleh MyTOWNKL menerusi kempen United by Culture.
Tradition in Frame
Peraduan fesyen pakaian tradisional ini dijalankan secara dalam talian dan dibuka khas untuk peserta berumur dari 3 hingga 17 tahun.
Bermula daripada 1 hingga 16 Ogos, peserta hendaklah membuat pendaftaran menerusi pautan ini yang disediakan oleh MyTOWNKL.
Maklumat lanjut tentang peraduan ini pula boleh dibaca di sini.
Apa yang peserta kena buat mudah sahaja. Anda cuma perlu mengambil gambar diri sendiri menggayakan pakaian tradisional masyarakat di Malaysia dan hantar penyertaan melalui pautan yang disediakan.
Tapi kan, semua peraduan kat atas tu untuk kanak-kanak je, macam mana pula dengan kita yang dah dewasa ni.
Gian juga nak belanja skil fotografi masing-masing, kan?
Heritage Lens
Jangan risau. Untuk peserta dewasa pun MyTOWNKL ada sediakan peraduan juga.
Peraduan Heritage Lens ini dibuka khas untuk peserta berusia 18 tahun ke atas dan akan diadakan di MyTOWNKL pada 17-18 Ogos ini.
Untuk menyertai peraduan ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu atas talian di pautan ini yang disediakan MyTOWNKL dan pilih sesi yang anda inginkan.
Selepas mendaftar, anda hanya perlu hadir ke MyTOWNKL tersebut pada tarikh dan sesi yang dinyatakan.
Semua maklumat tentang peraduan Heritage Lens boleh dibaca di sini.
Pameran dan bengkel yang boleh disertai
Selain dua peraduan di atas, MyTOWNKL juga turut menganjurkan aktiviti lain seperti bengkel, pameran dan persembahan sempena bulan kemerdekaan ini
Aktiviti bengkel, pameran dan persembahan ini pula berlangsung dari 31 Julai sehingga 17 September di pusat membeli-belah berkenaan.
Dibawah kami senaraikan setiap aktiviti dan tarikh diadakan:
31 Julai- 17 Sep
Pameran Pakaian Tradisional dan Pameran Swarovski (10 pagi – 10 malam).
17, 18, 24, 25 Ogos & 1, 7, 8, 14, 15, 16 September
Manakala pada tarikh-tarikh di atas pula, aktiviti cultural workshop yang sarat dengan pelbagai pengisian seperti mewarna wau, seni cap jari, seni tanah liat dan bermacam lagi akan berjalan.
17, 24, 31 Ogos & 14 September
Pada tarikh ini, bengkel fotografi, Cultural Snapshot, akan dijalankan di Mighty Monster (G019, Tingkat Bawah) yang pastinya menawarkan pengalaman yang sangat menarik kepada para peserta.
31 Ogos
Saksikan persembahan marching band dan persembahan kebudayaan dari jam 3 petang hingga 5 petang di Tingkat Bawah, MyTOWNKL.
Aktiviti fashion runway oleh finalis CAT A & B juga akan diadakan pada hari ini.
Pameran fotografi bermula pada 31 Ogos dan akan berlangsung sehingga 17 September.
16 September
Persembahan marching band dan persembahan kebudayaan kembali untuk menghiburkan anda sempena perayaan Hari Malaysia dari jam 3 petang sehingga 5 petang di Tingkat Bawah, MyTOWNKL.
Usah bertangguh, hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM20,000 mungkin menjadi milik anda.
Jadi, tunggu apa lagi. Kosongkan jadual anda pada tarikh-tarikh yang kami nyatakan.
Sertai peraduan yang dianjurkan oleh MyTOWNKL dan hadiah keseluruhan sehingga RM20,000 mungkin menjadi milik anda.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari MyTOWNKL, Facebook dan Instagram pusat membeli-belah MyTOWN.