Kit Woo Rai Bakat Malaysia Dan Keanggunan Perancis Di KLFW 2024 Diinspirasikan Oleh PEUGEOT 408
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2024 – Pereka fesyen tempatan yang visionari, Kit Woo memeriahkan acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024 (KLFW 2024) menerusi satu pertunjukan mengagumkan yang nyata mendefinisikan kembali aspek rekaan dan fungsi fesyen.
Pentas peragaan itu berubah menjadi kanvas buat Kit Woo untuk mempamerkan visi avant-gardenya yang diinspirasikan daripada garis badan dan estetika kontemporari pada model PEUGEOT 408, seterusnya menjadi sumber ilham kepada koleksi pakaiannya.
Pada tahun ini, koleksi daripada pereka fesyen kelahiran Kuantan untuk acara KLFW 2024 itu berkisar tentang karekter filem-filem seram dan permainan video.
Sekali gus menyerlahkan idea tentang kecantikan yang diambil daripada sesuatu di luar kebiasaan. Koleksi bertajuk “Torn” itu memberi penekanan terhadap corak-corak berani dan campuran pelbagai tekstur. Pada masa sama menyerlahkan garis badan serta reka bentuk dinamik PEUGEOT 408 dalam usaha menghasilkan rekaan terbaik seperti jentera tersebut.
Kepintarannya dalam memotong dan pemadanan fabrik memang terserlah. Manakala komitmen beliau dalam aspek kelestarian dapat dilihat dengan jelas pada setiap pakaian yang dihasilkan. Hasilnya, koleksi ini bukan sahaja memukau audiens, malah mencabar persepsi bagaimana sesebuah fesyen itu boleh berubah.
Kit Woo, individu penting dalam pertunjukan feseyen luar biasa ini berkata, “Untuk KLFW 2024, saya ingin mencabar diri untuk menghasilkan karya avant-garde yang lebih unik dan mencabar pemikiran. Tetapi masih berpegang kepada identiti rekaan saya yang mengabungkan elemen dualism serta mengaburkan sempadan di antara maskuliniti dan feminiti.
“PEUGEOT 408 ialah sebuah kereta yang cantik. Sofistikasi moden dan Perancis memberi inspirasi kepada saya untuk memasukkan elemen siluet dan bucu-bucu kereta yang futuristik ini ke dalam koleksi saya. Kolaborasi ini menyerlahkan satu gabungan yang harmoni di antara reka bentuk automotif dan fesyen.
Sekali gus menunjukkan bagaimana dua industri yang berbeza ini mampu memberi pengaruh dan memperkasakan antara satu sama lain,” jelas Woo.
Dunia fesyen dan reka bentuk automotif berkongsi satu sinergi yang cantik. Kedua-dua disiplin itu menuntut pemahaman yang mendalam terhadap aspek estetik, ergonomik dan teknologi termaju.
Daniel Gonzalez, Ketua Pegawai Operasi ASEAN dan Pengedaran Am Stellantis berkata, “Kerjasama di antara PEUGEOT dan Kit Woo mewakili kebersamaan bakat warga Malaysia dan keanggunan Perancis. PEUGEOT 408 ialah contoh terbaik tentang falsafah tarikan yang direka untuk mencetuskan emosi.
Sama seperti tarikan yang ada pada PEUGEOT 408, inovasi serta estetika koleksi Kit Woo jelas menarik perhatian menerusi rekaan yang berani, kontemporari dan avant-garde.”
“Rekaan PEUGEOT 408 dan Kit Woo jelas mendefinisikan kembali garis panduan rekaan dan membuatkan anda tertanya-tanya. Rekaan luar biasa 408 menjadi sumber ilham buat Kit Woo, seorang pereka fesyen yang kreatif dan gemar melangkaui sempadan,” kata Daniel.
Kit Woo dan PEUGEOT berkongsi kesungguhan yang sama dalam aspek kelestarian. Kit Woo memang pakar dalam mengubah material-material mentah menjadi seni yang boleh dipakai dan komited untuk mengurangkan pembaziran fabrik di dalam koleksinya.
Komitmen ini lebih daripada nilai estetik, tetapi ia tentang menggunakan material berkualiti tinggi dan sumber yang diambil secara bertanggungjawab. Di samping memanfaatkan teknologi terkini untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
Kolaborasi di antara PEUGEOT dan Kit Woo ini bukan sekadar satu acara fesyen sahaja. Malah ia merupakan satu momen kebudayaan yang bakal membuka banyak kerjasama lebih mengujakan pada masa depan.
Ia menjadi permulaan kepada wujudnya kesedaran bahawa sempadan kreativiti di antara mobiliti dan industri fesyen boleh melangkaui had dari segi reka bentuk dan fungsinya.
Kerjasama ini diharap mampu memberi inspirasi kepada para pereka generasi baharu untuk berfikir luar daripada kepompong fesyen dalam penghasilan karya mereka dan mendefinisikan kembali sesuatu yang baru.
Maklumat lanjut mengenai koleksi ini, sila layari laman web: https://kitwoo.studio/ .