Siakap Keli

Mercu Kreativiti Kuala Lumpur – Pusat Beli-Belah Komuniti Kreatif GMBB – Telah Dilancarkan Secara Rasmi

Mercu Kreativiti Kuala Lumpur – Pusat Beli-Belah Komuniti Kreatif GMBB – Telah Dilancarkan Secara Rasmi

Pusat Beli-belah Komuniti Kreatif GMBB – Hab kreatif yang semakin berkembang  di Kuala Lumpur – telah pun rasmi dilancarkan melalui satu majlis yang disambut meriah penuh budaya, kepelbagaian, dan semangat kebersamaan Malaysia. 

Acara bersejarah ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dr. Zaliha Binti  Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan  disaksikan oleh Ahmad Zul-Qarnain Ibrahim, Pengarah GMBB, Lim Ying Hui,  Pengurus Besar GMBB dan Amerrudin Ahmad, Ketua Pengarah Lembaga  Pembangunan Seni Visual Negara di The Grey Box (ruang acara utama GMBB). 

Pada mulanya, GMBB dibayangkan sebagai pusat borong fesyen, tetapi telah berubah menjadi hab kreatif apabila pengasas-pengasasnya menyedari betapa perlunya ruang kreatif di Kuala Lumpur yang sedang berkembang pesat ini.

Perubahan ini dipengaruhi oleh keterujaan mereka terhadap tempat-tempat seni lain yang berjaya di luar negara, seperti 798 Art Zone di Beijing dan PMQ di Hong Kong dan juga kepentingan ruang fizikal untuk para kreatif, artis, dan artisan tempatan agar dapat berkembang maju di Malaysia. 

pusat beli-belah komuniti kreatif gmbb
Majlis menandatangani acara pelancaran GMBB.

‘Dari Sekecil Benih ke Sebesar Rimba’ (A Seed Dreams of a Forest) 

Seperti benih yang disemai di tanah yang subur, begitu juga peranan GMBB untuk memupuk bakat-bakat tempatan dalam ekosistem dinamik di mana para artis,  artisan dan kreatif berlainan latar belakang, bakat dan pengalaman boleh berkumpul,  berkolaborasi dan membantu merangsang lagi ekonomi kreatif dan budaya Malaysia.

Walaupun berdepan cabaran awal sebagai pendatang baru dalam lapangan seni, GMBB tetap memulakan perjalanan mereka berlandaskan visi yang utuh (semenjak  ia ditubuhkan lagi). 

Lim Ying Hui, Pengurus Besar GMBB, menjelaskan: “Dari inspirasi awal yang diambil  dari pusat kreatif global hingga realiti yang kita telah semaikan di GMBB, kita telah melalui perjalanan yang luar biasa dalam mencorak lanskap kreatif dan budaya Malaysia.

Hari demi hari, saya bersyukur kerana dapat menyaksikan kuasa transformasi kreativiti dan komuniti diperkasakan secara langsung.

Bersama, kita  membantu memperkembangkan ekosistem kreatif dan budaya Malaysia di mana setiap suara pencipta bersatu dalam memperkayakan budaya kita dan menjalin hubungan bermakna.” 

Hari ini, GMBB berdiri sebagai sebuah hab unggul yang telah menempatkan lebih daripada seratus para artis, artisan dan kreatif di sembilan tingkatnya yang  berkeluasan kira-kira 110,000 kaki persegi (kawasan sewaan bersih). 

Antara komuniti tersebut ialah Five Arts Centre, sebuah kolektif dinamik artis, aktivis  dan penerbit Malaysia yang terkenal dengan persembahan yang eksperimental dan  bermakna dalam teater, tarian, muzik; Fusion Wayang Kulit, sebuah galeri yang  dikendalikan oleh pemenang anugerah yang berdedikasi.

Ia bagi mengembalikan semula kegemilangan seni tradisional wayang kulit Malaysia melalui budaya pop; Gangsapura, sebuah pusat Gamelan Melayu kontemporari yang bergiat aktif menghidupkan seni muzik tradisional; Museum of Picture Book Art yang  mempamerkan 80% buku bergambar tempatan; dan beberapa studio artis kelainan  upaya.  

Selain itu, terdapat juga banyak galeri unik, studio seni dan kafe menarik, siap sedia untuk diterokai di GMBB. Kekerapan penganjuran pelbagai kreativiti dan pameran  pula akan memastikan setiap kunjungan ke GMBB itu dapat memberikan  pengalaman baru. 

Mengenai hala tuju GMBB, Lim mengakui, “Seiring dengan perjalanan  perkembangan kita di GMBB, semangat dan kepelbagaian komuniti disini  merupakan aspek yang paling penting kerana ia memberi kesan kepada GMBB bagi  mencapai visi untuk memperluaskan lagi komuniti kreatif.

Fokus kita adalah untuk  mengangkat nilai yang dibawa oleh GMBB dalam menawarkan pengalaman  pelancongan di Malaysia yang unik serta sumbangan kepada ekonomi kreatif dan  budaya tempatan yang sentiasa wujud untuk segenap lapisan masyarakat di  Malaysia.” 

GMBB adalah sebuah tempat di mana semua komuniti boleh berkumpul dan  menerokai kemeriahan suasana kreatif dan budaya Malaysia. GMBB mengalu-alukan  orang ramai untuk menghadiri acara dan aktiviti menarik yang berlangsung  sepanjang tahun ini:

Rakan Strategik 

Selain daripada acara-acara ini, GMBB sedang giat bekerjasama dengan institusi institusi tempatan terutamanya Balai Seni Negara dengan penyediaan ruang untuk  memberi sokongan kepada artis-artis yang terlibat dalam program Balai Seni Negara.

Pembangunan dan promosi bakat Malaysia kepada dunia adalah fokus utama yang  akan terus berkembang untuk tahun-tahun mendatang dan GMBB berhasrat untuk  turut serta dan menyumbang kepada percambahan ini. 

Menariknya lagi, GMBB juga bekerjasama dengan Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM dan Jabatan Seni Halus, ASWARA dalam menganjurkan pameran akhir tahun pelajar pelajar mereka.

pusat beli-belah komuniti kreatif gmbb

Kerancakan suasana di GMBB dipertingkatkan lagi melalui kerjasama  dengan kolektif pengarkiban Gerimis (yang aktif menerbitkan kandungan berkenaan Orang Asli) serta Borneo Laboratory dan HAUS KCH (yang berpangkalan di Sarawak).

pusat beli-belah komuniti kreatif gmbb

Bagi memantapkan lagi usahasama ini, GMBB secara aktif menyokong inisiatif Think City Creative KL, berkongsi cita-cita untuk mengubah Pusat Bandar Kuala Lumpur  menjadi sebuah destinasi yang penuh meriah dengan kreatif dan budaya. 

“GMBB menampakkan bagaimana kerjasama strategik antara inisiatif Kerajaan dan  perusahaan swasta boleh mempertingkatkan suasana budaya Kuala Lumpur dan sektor pelancongan. Ia menunjukkan kesan positif dalam memupuk bakat kreatif  tempatan dan mewujudkan ruang komuniti yang meriah.

GMBB berfungsi sebagai model praktikal untuk inisiatif-inisiatif seumpamanya yang bertujuan memperkaya  landskap budaya bandar kita dan menarik para pengunjung yang pelbagai,” kata Yang Berhormat Dr. Zaliha Binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Wilayah Persekutuan). 

Sepadan dengan slogannya ‘More Together‘, GMBB menekankan kolaborasi dalam  merancakan lagi ekosistem seni.

pusat beli-belah komuniti kreatif gmbb

Permulaan sederhana GMBB ini mencerminkan visi  yang lebih besar – untuk menjadi titik tumpuan seni kreatif dan budaya Malaysia, serta menggalakkan ekonomi seni kreatif dan budaya yang mampan untuk negara.

Ini sejajar secara strategiknya dengan matlamat Kementerian Pelancongan, Seni dan  Budaya (MOTAC) sendiri – iaitu untuk menyokong pertumbuhan mampan dengan  memupuk kreativiti, inovasi dan kepelbagaian budaya yang akhirnya akan  menyumbang kepada ekonomi kreatif dan budaya Malaysia. 

Untuk info lanjut, sila layari https://gmbb.com.my/

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.