Siakap Keli
mr d.i.y. malaysia

MR D.I.Y. Menyatukan Rakyat Malaysia Melalui Lagu Patriotik ‘Bersama Satu Suara’

MR D.I.Y. Menyatukan Rakyat Malaysia Melalui Lagu Patriotik ‘Bersama Satu Suara’

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2024 — Sebagai tanda penghormatan kepada semangat perpaduan Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.], peruncit perkakas rumah kesayangan negara, dengan bangganya mempersembahkan sebuah lagu patriotik bersempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia yang akan datang. 

Lagu berdurasi tiga minit ‘Bersama Satu Suara’ melambangkan kekayaan budaya dan perpaduan di Malaysia, dengan lirik yang ditulis oleh Tee Tian Chi, Daaris Amri, dan Siti Madihah, para pemenang Pertandingan Lirik Merdeka MR D.I.Y. 

Lagu ini dinyanyikan oleh bakat-bakat muzik kegemaran negara — Alif Satar, Jaclyn Victor, dan Priscilla Abby, dengan iringan band The Locos. Lirik lagu ini menampilkan kepelbagaian bahasa Malaysia, dengan nyanyian dalam bahasa Melayu, Mandarin, Tamil, dan Inggeris. 

Mengumumkan pelancaran lagu ini, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, “Ini adalah video muzik pertama MR D.I.Y. Kami sentiasa mencari cara untuk meraikan hubungan unik antara kami dengan rakyat Malaysia; lagu ini adalah cara yang terbaik untuk melakukannya.

mr d.i.y. malaysia

‘Bersama Satu Suara’ bukan sekadar lagu; ia merupakan simbol kebanggaan, perpaduan, dan kegembiraan kita sebagai rakyat Malaysia. Kami berharap lagu ini akan menyatukan rakyat Malaysia, meraikan perpaduan yang mendefinisikan negara kita. 

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyanyi, penulis lirik, dan pemuzik yang hebat yang bersama-sama mencipta lagu ini untuk MR D.I.Y. dan semua rakyat Malaysia — anda telah merakam keistimewaan dan kepelbagaian Malaysia dengan begitu indah sekali.” 

Lagu ‘Bersama Satu Suara’ boleh dinikmati dan dinyanyikan bersama oleh semua rakyat Malaysia di platform media sosial MR D.I.Y., termasuk YouTube, Facebook, Instagram, 

TikTok, X, Xiaohongshu, dan perkhidmatan penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, dan MusixMusix. Pautan: https://youtu.be/bN2Wa-0adE0 

mr d.i.y. malaysia

Sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Merdeka, MR D.I.Y. akan menganjurkan sambutan ‘Bersama Satu Bazaar’ selama tiga hari di PIAZZA, Aras 3, Pavilion Bukit Jalil, dari 30 Ogos hingga 1 September 2024.

Rakyat Malaysia akan dapat menyaksikan Alif Satar & The Locos, Jaclyn Victor, dan Priscilla Abby mempersembahkan lagu patriotik ini, menyertai bengkel dan permainan, serta menikmati makanan tempatan yang lazat, selain daripada pelbagai persembahan yang meriah. 

Pengunjung juga boleh meneroka pelbagai tawaran daripada rangkaian jenama Kumpulan MR D.I.Y. – MR D.I.Y., MR. TOY, MR. DOLLAR, dan EMTOP – serta beberapa jenama tempatan yang terkenal. 

mr d.i.y. malaysia

Selari dengan sambutan ini, cawangan-cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara akan mengadakan ‘Bersama Satu Promosi’, menawarkan pelbagai barangan bertemakan Merdeka, termasuk bendera Malaysia dan negeri dalam pelbagai saiz, barangan rumah dan barangan elektrik terpilih, serta snek dan minuman, semuanya pasti ‘Always Low Prices’

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ‘Bersama Satu Suara’ MR D.I.Y., lawati mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my, Facebook, Instagram, dan TikTok.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.