Siakap Keli
penulisan dan penerbitan saintifik 

Memperkasa Bahasa Melayu Dalam Penulisan Dan Penerbitan Ilmiah Saintifik 

Memperkasa Bahasa Melayu Dalam Penulisan Dan Penerbitan Ilmiah Saintifik 

PORT DICKSON, 6 Ogos 2024 – Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) adalah antara pemboleh daya yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi serta menangani isu dan  cabaran negara.

Bagi membina kapasiti dan profesionalisme dalam bidang ini terutamanya dalam penerbitan saintifik, Agensi Nuklear Malaysia telah menjemput 13 orang pakar dalam bidang penulisan dan penerbitan saintifik untuk melatih para peserta bagi meningkatkan mutu dan produktiviti hasil karya penulisan dan penerbitan saintifik. 

Seminar dan Bengkel Penulisan & Penerbitan Saintifik yang dianjurkan pada 6 hingga 8 Ogos 2024 ini memberi pendedahan dalam pelbagai aspek penulisan dan penerbitan  termasuk hak cipta, undang-undang, cabaran, peranan dan masa depan penerbitan  saintifik dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.

Dalam seminar ini turut diadakan  bengkel dan pertandingan penulisan rencana popular untuk memberi motivasi dan  inspirasi kepada para peserta dalam bidang ini. 

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam ucapannya berkata, “kerjasama strategik  di antara DBP dan Nuklear Malaysia sejak 2013 hingga kini telah membawa terhasilnya  banyak penerbitan buku, artikel, glosari dan ensiklopedia dalam bidang sains nuklear  dalam Bahasa Melayu.

penulisan dan penerbitan saintifik 

Dalam usaha kita hendak memastikan karya atau makalah  yang diterbitkan mempunyai kredibiliti dan bermutu tinggi, selain bakat diri, perlu ada  latihan dan bimbingan yang betul serta proses penyuntingan yang ketat hendaklah  dilaksanakan. 

Ujarnya lagi, sebagai usaha yang berterusan, kolaborasi di antara kerajaan, industri, ahli akademik dan masyarakat untuk menerbitkan hasil karya masing-masing perlulah  digalakkan bagi melengkapi fungsi dan misi masing-masing, di samping dapat mengekalkan ilmu-ilmu tersebut sebagai khazanah penting negara yang tidak ternilai  harganya. 

penulisan dan penerbitan saintifik 

“Memperkasakan Penulisan Saintifik Memacu Masyarakat Madani” dipilih sebagai  tema bersesuaian dengan usaha kerajaan untuk membina sebuah masyarakat madani  untuk mentransformasi Malaysia menjadi negara yang lebih makmur dan maju  berasaskan ilmu pengetahuan dan kearifan tempatan.

Penghayatan ilmu dan  penguasaan kemahiran pemikiran aras tinggi dalam kalangan individu boleh menjadi  pemangkin ke arah pembentukan masyarakat madani yang maju, berkat dan sejahtera  dalam mengangkat martabat ummah. 

Sebagai sebuah agensi yang mempunyai kepakaran dalam teknologi nuklear, Nuklear Malaysia bertanggungjawab untuk mengurus ilmu pengetahuan hasil  daripada aktiviti penyelidikan dengan baik bagi memastikan kelestarian pengetahuan nuklear dan menjadi rujukan kepada generasi pelapis, universiti, para penyelidik dan  orang awam.

Nuklear Malaysia juga amat menitikberatkan aktiviti penerbitan dalam  kalangan pegawai penyelidik, malah, penerbitan saintifik seperti kertas kerja, jurnal  akademik dan buku ilmiah adalah beberapa hasil penyelidikan agensi yang sentiasa  dihasilkan. 

penulisan dan penerbitan saintifik 

Dalam usaha merakyatkan sains, hasil kajian yang diperolehi daripada penyelidikan perlu disebarluas dan diuar-uarkan kepada masyarakat agar ia dapat memberi  manfaat kepada masyarakat.

Ini selaras dalam konteks pelaksanaan Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030 dengan tema Nuklear Untuk Rakyat  (N.U.R). Nuklear Malaysia turut mencatat pencapaian sebanyak 603 buah penerbitan bagi tahun 2023 merangkumi jurnal, artikel, buku dan lain-lain. 

Program Seminar dan Bengkel Penulisan dan Penerbitan Saintifik kali ke-14 ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), MOSTI dengan kerjasama Dewan Bahasa  & Pustaka (DBP) serta disokong oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti  Sains Islam Malaysia (USIM), Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), PTS  Media Group (PTS), Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Persatuan  Penulis Negeri Sembilan (PEN) dan Majalahsains.com.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.