Carlo Rino Tampilkan Koleksi Musim Panas 2024: Fesyen Bergaya Wajib Pada Musim Ini
Selami musim panas dengan Carlo Rino! Menampilkan tiga barisan menarik lirikan mata, penggemar
fesyen bakal menikmati gabungan unik gaya dan daya tarikan Carlo Rino. Sama ada berjalan kaki santai di
pantai atau bersosial, koleksi ini menawarkan pelbagai aksesori serba boleh untuk melengkapkan busana musim panas dengan sempurna.
Glen Collection
Bagi penggemar musim panas yang minat dengan keanggunan yang sederhana perlu mengintai Koleksi Glen yang menawarkan pelbagai rekaan bag dalam rona kelabu rona lembut dan corak plaid moden. Setiap aksesori dengan mudah memberi warna kepada sebarang gaya pantai atau kota, menjadikan ia pilihan sempurna untuk wanita moden yang aktif.
Koleksi ini termasuk, Rona pucat cukup lembut saling bertemu dengan corak kotak menawan menjadikan Glen 2-Way Shoulder Bag aksesori versatil untuk acara pagi hingga ke malam. Rekaan beg anggun dan ruangan dalaman luas sesuai buat individu moden.

Rona pucat cukup lembut saling bertemu dengan corak kotak menawan menjadikan Glen 2-Way Shoulder Bag aksesori versatil untuk acara pagi hingga ke malam. Rekaan beg anggun dan ruangan dalaman luas sesuai buat individu moden.

Direka dengan material eksklusif untuk ketahanan dan keselesaan, Glen Backpack menyerlah dengan kemasan siluet anggun dan petak yang luas bagi memastikan keperluan pantai teratur semasa dalam perjalanan.
Skema warna kelabu yang serba boleh, diserlahkan bersama aksen kotak-kotak yang menarik perhatian, menambah keanggunan pada mana-mana pakaian percutian, menjadikannya aksesori sempurna dalam pengembaraan tepi laut serta percutian musim panas.
Sentiasa dalam trend, rona kelabu lembut dan corak kotak bergaya, Glen Crossbody merupakan aksesori yang mampu menambah seri dalam pakaian musim panas.
Rekaan kemas dan ruang luas menjadikan beg ini mudah dibawa bersama barangan berkelah, sama ada keluar atau berjalan di tepian lautan, atau bertemu sahabat. Praktikal pun begitu elegan, Glen Crossbody merupakan aksesori wajib ada dalam almari musim percutian anda, menambah perasaan anggun buat gaya pantai.

Menyatukan dua dunia, Glen Crossbody Bumbag menggabungkan kesenangan memiliki sebuah beg silang dengan aura moden beg kantung.
Rona kelabu lembut dan corak kotak moden dengan mudah menaikkan seri pakaian musim panas, tambaha versatil untuk kelengkapan pantai sama ada bersantai di tepi kolam atau menari di pesta pantai, Glen Crossbody Bumbag adalah aksesori tepat untuk musim panas sambil menjadikan gaya di tepi lautan lebih menyerlah.
Harry Potter Edisi Khas

Meneruskan kejayaan koleksi tahun lepas, Carlo Rino teruja untuk mendedahkan himpunan terbaru siri Harry Potter Musim Panas 2024.
Direka untuk peminat dengan rekaan baharu yang mempesonakan diilhamkan oleh alam magis, setiap beg dalam koleksi ini merangkumi warna dan simbol ikonik empat rumah Hogwarts. Bersedia untuk terpesona dengan pelbagai keajaiban melalui Harry Potter Crossbody dan Harry Potter Bowler Bag.
Menyerlahkan sulaman kesemua empat rumah Hogwarts, Harry Potter Crossbody direka dengan cermat bagi mencerminkan magis setiap identiti rumah yang unik. Sama ada anda meneroka bandar atau meluangkan masa bersama rakan di pantai, beg silang ini sempurna menonjolkan identiti rumah ajai menerusi fesyen.

Diinspirasikan dari Dunia Ahli Sihir atau World of Wizardry, Harry Potter Bowler Bag merupakan aksesor mempesonakan dihiasi rona dan simbol rumah Hogwarts, menjadikannya item yang diidamkan buat pengejar trend serta peminat sihir.
Direka dengan penuh perhatian terhadap perincian, beg ini menggabungkan fesyen dan ketahanan dengan lancar, memastikan ia kekal sebagai item dalam almari pakaian tepi pantai anda untuk musim panas yang akan datang.
Koleksi Carlo Geo Jacquard
Disesuaikan khas untuk percutian musim panas, himpunan Carlo GEO Jacquard merangkumi gabungan sempurna fungsi bergaya dan estetika fesyen tinggi. Memperkenalkan rangkaian beg dinamik direka buat mereka yang mahukan fleksibiliti dan keterampilan musim panas ini.

Dihiasi dengan sulaman Bun Bun dan perincian monogram, beg carry-all yang anggun ini menggabungkan gaya dan mempunyai pelbagai fungsi. Carlo GEO Jacquard Bun Bun Carry-All S mempunyai ruang utama segi empat tepat yang luas dan tali bahu boleh laras, menjadikannya sesuai buat wanita moden yang aktif.

Beg tote Bun Bun daripada himpunan Jacquard ini cukup bergaya mengetengahkan wajah jenama iaitu ikon arnab yang disulam pada kain jacquard.
Mengambil kira trendsetter yang gemar dengan musim panas, tote ini menggabungkan gaya dan fungsi dengan kemas. Bahagian dalaman yang luas dan penutup zip selamat sesuai untuk menyimpan barangan keperluan pantai si pemakai, memastikan anda teratur dan kekal trendy sepanjang hari ditemani matahari.

Direka daripada fabrik jacquard tahan lasak, Carlo GEO Jacquard Backpack menggabungkan gaya yang praktikal, menampilkan logo ikonik Carlo Rino disulam dengan warna kuning terang kontra dengan corak dinamik.
Dilengkapi dengan ruang serta poket bahagian luar yang luas, beg ini sempurna untuk menyimpan barangan peribadi ketika bersiar-siar. Sama ada jalan-jalan di sekitar bandar atau keluar pada hujung minggu sarat pengembaraan.
Menggabungkan stail dan fungsi, Carlo GEO Jacquard Short Zipper Wallet membawakan corak pengenalan Carlo GEO disertai zip untuk keselamatan.
Dengan ruang dalaman khas untuk menyusun kad dan tunai, dompet ini sangat praktikal namun lengkap cita rasa sesuai digayakan sebagai aksesori harian. Sesuai untuk musim panas, dompet ini memastikan barangan kepunyaan anda mudah akses serta kekal anggun.
Setiap produk dalam Koleksi Carlo Rino Musim Panas 2024 menyatukan stail, fungsi, dan ketahanan, memastikan ianya ideal untuk kedua-dua gaya pantai dan percutian musim panas.
Sama ada rekaan chic dan sporty dari Carlo GEO Jacquard, keanggunan Koleksi Glen, atau keajaiban Harry Potter Edisi Khas, akan ada rekaan memikat untuk penggemar fesyen yang selalu bercuti. Dengan rekaan yang menarik perhatian, beg ini pasti akan menyerlah ke mana sahaja pengembaraan musim panas anda.
HARGA :
● GLEN 2-WAY SHOULDER BAG: RM599
● GLEN BACKPACK: 659
● GLEN CROSSBODY: RM579
● GLEN CROSSBODY BUM BAG: RM599
● HARRY POTTER CROSSBODY: RM639
● HARRY POTTER BOWLER BAG: RM679
● CARLO GEO JACQUARD BACKPACK: RM619
● CARLO GRO JACQUARD BUN BUN CARRY-ALL S: RM599
● CARLO GEO JACQUARD BUN BUN TOTE: RM659
● CARLO GEO JACQUARD SHORT ZIPPER WALLET: RM299