Siakap Keli
hub pendidikan kecerdasan buatan
Sumber : BERNAMA

Hub Pendidikan Kecerdasan Buatan (AI) Sasar 3000 Peserta, Pacu Pembangunan Teknologi AI Negara

Hub Pendidikan Kecerdasan Buatan (AI) Sasar 3000 Peserta, Pacu Pembangunan Teknologi AI Negara

PULAU PINANG, 9 Ogos 2024 – Hub Pendidikan Kecerdasan Buatan (AI Education  Hub) Pulau Pinang telah dirasmikan hari ini oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Chang Lih Kang bertujuan untuk menaik taraf pendidikan dan pengetahuan  dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pelajar sekolah rendah hingga  universiti, pendidik, dan masyarakat umum. 

Menurut YB Chang Lih Kang, permintaan untuk kepakaran dalam bidang AI semakin meningkat di pasaran kerja sejajar dengan peningkatan pelaburan yang diterima  daripada syarikat-syarikat teknologi global seperti Microsoft, NVIDIA dan ByteDance.

Oleh yang demikian, hub ini bakal memainkan peranan yang penting dalam memenuhi permintaan bakat berkemahiran tinggi dalam industri teknologi khususnya dalam  bidang AI.  

“Justeru, kami mensasarkan seramai 3000 peserta yang akan terlibat dalam inisiatif AI  Education Hub menjelang tahun 2025. Saya yakin fasiliti yang tersedia akan mampu  mempersiapkan bakat negara dalam memacu pembangunan teknologi AI, seterusnya  menjadikan Malaysia sebagai hub AI terbaik di rantau ini,” tambah beliau.  

Hub Pendidikan Kecerdasan Buatan ini adalah yang pertama seumpamanya di Pulau Pinang dan merupakan inisiatif bersama antara Kementerian Sains, Teknologi dan  Inovasi (MOSTI) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, serta disokong oleh Konsortium Pendidikan Kecerdasan Buatan yang terdiri daripada 13 organisasi ternama.

Hub ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Artificial Intelligence Trainer GOTT-AIT-01, kit pembelajaran CocoPi, Quarky, EDU PICO AI Kit, dan peralatan AI seperti Intel GETI AI.

Intel GETI adalah alat yang amat bermanfaat kerana ia  memudahkan dan mempercepatkan pembangunan model AI, menjadikan teknologi AI  lebih mudah diakses oleh semua pihak.

Alat ini juga menyediakan perkakas yang  kukuh untuk mengoptimumkan prestasi, memastikan aplikasi AI berfungsi dengan  cekap pada perkakasan Intel.  

Sejak tahun 2022, Tech Dome Penang telah memberi fokus dalam usaha  mengembangkan pendidikan AI. Antara inisiatif yang dijalankan termasuk cabaran AI  Robotik yang dianjurkan dengan kerjasama MOSTI pada tahun 2022 dan 2023.

Selain  itu, kelas AI Robotik untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Pulau Pinang juga telah dilaksanakan pada tahun 2022 dan 2023. Pada tahun lepas, Tech Dome  Penang telah menubuhkan Konsortium Pendidikan Kecerdasan Buatan.

Tahun ini,  Tech Dome telah bekerjasama dengan Kapten 88, GoTT, dan Intel yang berperanan  dalam memacu AI untuk pendidikan, terutama dalam AI4S (AI for Schools), AI4Y (AI for  Youth), AI4Uni (AI for Universities). Tech Dome Penang juga terlibat dalam program  Cikgu Juara Digital, kolaborasi antara MDEC dan INTEL Malaysia.

Setelah banyak  inisiatif dalam AI, kini Hub Pendidikan Kecerdasan Buatan telah menjadi realiti untuk  semua. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.