Siakap Keli
peperiksaan sijil pelajaran malaysia ulangan tahun 2024
Sumber : BERNAMA

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan Tahun 2024

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan Tahun 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa  peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024  akan dilaksanakan pada 20, 21 dan 22 Ogos 2024 melibatkan  tiga (3) mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Seramai 8,195 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU Tahun 2024 di 187 pusat peperiksaan di seluruh  negara.

Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan, seramai 1,329 petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertulis dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu serta 1,189 petugas  peperiksaan untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu.  

KPM mengingatkan semua calon peperiksaan SPMU Tahun 2024 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan  maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Jadual waktu peperiksaan SPMU Tahun 2024 boleh dimuat turu dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan melalui pautan lp.moe.gov.my.  

Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan. Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun dari  Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian melalui pautan sppat.moe.gov.my.

Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan  peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran  pengurusan pengendalian peperiksaan SPMU Tahun 2024.  

KPM mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan  dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.