Siakap Keli

Kesejahteraan Dan Kebajikan Rakyat Terus Menjadi Fokus KPKT Melalui Inisiatif Belanjawan 2025

Kesejahteraan Dan Kebajikan Rakyat Terus Menjadi Fokus KPKT Melalui Inisiatif Belanjawan 2025

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menganjurkan Majlis Libat Urus Inisiatif Belanjawan 2025 Bersama Pemegang  Taruh KPKT di Dewan Kristal, KPKT pagi ini. 

Majlis libat urus ini bertujuan mendapatkan input, cadangan dan pandangan daripada semua pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dengan KPKT berkaitan sektor perumahan, pengurusan sisa pepejal, pengurusan bencana, kemampanan bandar dan komuniti serta pemerkasaan perkhidmatan kerajaan tempatan.

KPKT memberi fokus meningkatkan kesejahteraan hidup serta kebajikan rakyat dan seterusnya meningkatkan  ekonomi negara. 

Seramai 443 pemegang taruh telah dijemput iaitu terdiri daripada penggiat industri seperti syarikat pemaju perumahan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), syarikat swasta, persatuan persatuan mewakili komuniti, pihak universiti dan pelbagai agensi Kerajaan.

inisiatif belanjawan 2025 kpkt

Pandangan  dan maklum balas pemegang taruh ini akan menjadi input kepada KPKT bagi menghasilkan cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 yang komprehensif dan memberi impak positif khususnya kepada rakyat. 

Menurut YB KM, “Majlis libat urus ini merupakan salah satu platform yang penting bagi KPKT untuk mendapatkan idea-idea baharu dan cadangan daripada pemegang taruh bagi inisiatif Bajet 2025 yang akan dilaksanakan oleh KPKT agar ia dapat memenuhi ekspektasi rakyat.”

KPKT memberi tumpuan kepada lapan (8) bidang fokus utama KPKT iaitu :

1. Membangun dan memperkasakan peranan Kerajaan Tempatan;

2. Membangun potensi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menjana sumber pendapatan tambahan negara; 

3. Perancangan perumahan yang lebih komprehensif dan berdaya saing;

4. Pemerkasaan komuniti tanpa mengira kaum;

5. Pengurusan sisa pepejal bersepadu yang lebih efektif dan efisien bagi menghasilkan pelaksanaan ke arah ekonomi kitaran;

6. Memperkukuh agenda bandar mampan dan pintar ke arah perbandaran baharu;

7. Memperkukuh kesiapsiagaan kebombaan dan penyelamatan; dan

8. Mensasarkan pembinaan 100 Taman Rekreasi Awam MADANI di seluruh negara.

inisiatif belanjawan 2025 kpkt

Turut hadir bersama-sama dalam majlis ini adalah YB Timbalan Menteri KPKT, YB Datuk  Hajah Aiman Athirah Binti Sabu; YBhg. Ketua Setiausaha Datuk Wira M Noor Azman bin Taib selaku moderator serta barisan pengurusan tertinggi KPKT. 

Penganjuran majlis ini akan membantu meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan bertepatan dengan gagasan Malaysia MADANI dan seterusnya melestarikan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.