Siakap Keli
fungsi butang kereta
Kredit: @tuahfahmiauto via TikTok

Ramai Tak Tahu, Rupanya Ini Maksud Simbol & Fungsi Butang Ini Pada Kereta

Ramai Tak Tahu, Rupanya Ini Maksud Simbol & Fungsi Butang Ini Pada Kereta

Kereta peribadi sudah menjadi satu kemestian hari ini dan dimiliki sekurang-sekurangnya sebuah hampir di setiap isi rumah di Malaysia.

Sebuah kereta yang dibeli biasanya disertakan dengan pelbagai fungsi dan ciri-ciri. Fungsi-fungsi tersebut pula tujuannya cuma satu, iaitu mahu membantu menjadikan pemanduan lebih selamat kepada semua pemilik kenderaan.

Biasanya, fungsi-fungsi yang pada sesebuah kereta boleh diakses melalui butang kawalan yang dipasang pada papan pemuka atau pada stereng.

Kedudukan butang-butang ini pula mudah dicapai supaya tidak mengganggu fokus pemandu sekiranya perlu digunakan.

Untuk membezakan setiap fungsi yang ada, simbol-simbol yang sepadan akan diletakkan atas butang-butang berkenaan. Namun begitu, tidak dapat dinafikan memang sukar untuk membezakan butang-butang yang ada berdasarkan simbol-simbolnya.

Jadi, tak hairanlah ada fungsi-fungsi pada kereta langsung tidak pernah diusik oleh pemandu. Bimbang jika ditekan, boleh terjejas pemanduan nanti, kan?

Ini rupanya fungsi sebenar butang TCS

Namun berbeza pula dengan satu butang ini kerana pemandu memang disarankan untuk tidak menekan atau mematikan fungsi yang ditawarkan oleh butang tersebut.

Untuk pengetahuan pembaca, butang berkenaan adalah butang Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) atau disebut juga Traction Control (TRC)

Sebelum itu, info berkenaan TCS ini diambil daripada perkongsian seorang pengguna Tiktok menerusi akaun @tuahfahmiauto.

Untuk pengetahuan, butang TCS ada dalam semua kenderaan moden dan fungsinya berjalan secara automatik tanpa memerlukan campur tangan pemandu.

Begitupun, kedudukan butang tersebut mungkin berbeza-beza mengikut model kenderaan yang anda miliki.

Menurut @tuahfahmiauto, TCS antara lain membantu menstabilkan kenderaan anda ketika melalui kawasan selekoh atau memandu di atas permukaan jalan yang licin seperti dalam keadaan cuaca hujan lebat.

TCS berfungsi untuk mengesan jika terdapat mana-mana tayar kehilangan cengkaman ketika pemanduan sedang berjalan.

Apabila mengesan ada tayar kehilangan cengkaman, TCS secara automatik akan mengaktifkan sistem brek atau memutuskan penghantaran kuasa daripada enjin kepada tayar tersebut.

Ia dapat membantu kenderaan menjadi seimbang semula dan mencegah tayar daripada tergelincir semasa memandu.

Oleh otu, @tuahfahmiauto berkata sistem ini amat penting dalam pemanduan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Pemandu tidak disarankan mematikan sistem TCS

Walaupun sistem ini berjalan secara automatik, namun anda boleh mengaktifkan atau mematikan fungsi TCS menerusi butang yang disediakan.

Apabila ingin dimatikan, anda hanya perlu menekan butang tersebut seketika sehingga timbul isyarat TCS OFF.

TCF boleh dimatikan apabila kereta anda tersekat di kawasan berlumpur atau tersangkut di dalam lubang. Ia bagi memastikan tayar yang tersangkut mendapat bekalan kuasa yang secukupnya untuk terlepas.

Tetapi, anda perlu mengelak daripada mamatikan fungsi TCS tanpa sebab kerana boleh meletakkan pemanduan dalam risiko yang tinggi.

Apabila tayar hilang cengkaman dan TCS dimatikan, kereta mungkin boleh hilang kestabilan dan risiko kemalangan menjadi tinggi.

BACA: Ibu Negara Baharu Indonesia Terima Pelaburan US$3.5 Bilion – Presiden

@tuahfahmiauto

Button traction control (TRC) yg paling tak berguna tapi function teruks #toyotamalaysia #toyotasemenyih #pcmsemenyih #aimanfahmitoyota #reviewkereta #toyotavios #toyotayaris #fahmishare #knowledgesharing #toyotainnova #toyotahilux #vios2023 #yaris #innovazenix2023 #corolla #corollacross #camry #innovareborn #zenixhybrid #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – Tuah Fahmi Toyota – Tuah Fahmi Toyota

Sumber: @tuahfahmiauto via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.