Siakap Keli
kempen beli barangan malaysia

Pengantarabangsaan Produk Tempatan Melalui Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM)

Pengantarabangsaan Produk Tempatan Melalui Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM)

SHAH ALAM, 15 Ogos 2024 – Hari ini saya merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) peringkat Lotus’s Malaysia. Pasar raya ini merupakan salah satu daripada 16 syarikat peruncitan utama dan tiga (3) pengendali platform dalam talian yang terlibat dalam KBBM.  

Pada tahun 2023, Pasar raya Lotus’s Malaysia telah berjaya mencatatkan peningkatan nilai jualan barangan tempatan berjumlah RM 40.60 juta, berbanding RM40.16 juta bagi tahun 2022 dan RM34.63 juta pada tahun 2021.

Bilangan Stock Keeping Unit (SKU) barangan tempatan juga telah meningkat kepada 2,009 pada tahun 2023 berbanding 1,687 bagi tahun  2022 dan 1,633 pada tahun 2021. 

Dalam usaha melonjakkan keupayaan Perusahaan Mikro, Kecil dan  Sederhana (PMKS) yang menghasilkan barangan tempatan melalui  KBBM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut menyediakan pelbagai program pembangunan, antaranya Program Latihan Pembangunan Perniagaan, Program Padanan  Perniagaan dan Penandaan Logo Barangan Malaysia.

kempen beli barangan malaysia

Program-program  ini memberi tumpuan dan bimbingan terhadap peningkatan kemahiran dan pertumbuhan perniagaan PMKS tempatan. 

Pada masa yang sama, KPDN menggalakkan pengusaha tempatan untuk menggunakan platform dalam talian bagi mempromosi, memasarkan dan sekali gus melonjakkan nilai jualan produk-produk mereka.

Ini mengambil  kira trend kepenggunaan global yang memperlihatkan peningkatan kecenderungan pembelian barangan secara dalam talian.

Sebagai contoh kajian Voice of Consumer Survey 2024 : Asia Pacific mendapati pengguna sudah beralih kepada platform pembelian secara  dalam talian berbanding pembelian secara konvensional di kedai fizikal. 

kempen beli barangan malaysia

Berdasarkan kajian tersebut, mendapati 36 peratus responden menggunakan telefon pintar, 16 peratus menggunakan komputer dan 13 peratus lagi menggunakan tablet. 

Selain itu, usaha melonjakkan nilai jualan barangan tempatan melalui KBBM juga akan menyasarkan penembusan produk buatan Malaysia di  pasaran antarabangsa.

kempen beli barangan malaysia

Bagi tahun 2024, KPDN akan memperkasa  kerjasama dengan beberapa rangkaian pasar raya besar bagi tujuan pengantarabangsaan barangan Malaysia ke pasaran luar negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Jepun dan China. 

“Jom Sokong dan Beli” Barangan Malaysia.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.