Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Gaza Cipta Sistem Penapis Air, Boleh Proses Air Laut Jadi Air Minuman

Athirah
wanita gaza sistem penapis air
Gambar: Middle East Eye

Wanita Gaza Cipta Sistem Penapis Air, Boleh Proses Air Laut Jadi Air Minuman

Seorang wanita di Gaza berjaya mencipta sistem penapis air yang mampu memproses air laut untuk dijadikan air minuman.

Inas al-Ghoul yang merupakan seorang jurutera agrikultur berkata, sistem berkenaan mampu menyelesaikan masalah bekalan minuman air bersih yang sedang dialami di Gaza ketika ini.

“Saya bina sistem penapisan air ini bukan semata-mata untuk kegunaan ketika situasi perang sahaja.

“Sebaliknya ia boleh menyelesaikan masalah air laut tidak boleh diminum, bukan sahaja di negara ini bahkan di tempat-tempat lain juga,” katanya.

Sistem itu bermula dengan bahan yang ringkas iaitu sebuah kotak dengan lapisan kulit di bahagian dalam dan kepingan gelas yang bercerun.

Wanita Gaza cipta sistem penapis air untuk kegunaan ramai

Manakala sistem itu pula berfungsi dengan menjalankan proses penyulingan air.

“Air menyejat dan meluap pada permukaan kaca. Kemudian, air itu akan menitis ke dalam saluran yang disambungkan dengan paip,” katanya lagi.

Seterusnya, sistem itu menapis air yang dikumpul sebanyak dua kali melalui kaedah penapisan karbon aktif sebelum disimpan di dalam tangki.

Selepas melalui proses-proses berkenaan, air yang disimpan di dalam tangki tersebut adalah selamat untuk diminum.

Ujar Inas al-Ghoul, sistem itu tidak menelan kos yang tinggi untuk dibina dan mudah untuk dioperasikan.

“Sistem ini boleh bertahan untuk tempoh yang lama, tidak memerlukan elektrik atau tenaga solar untuk beroperasi. Anda juga tidak perlu menukar penapis yang digunakan,” ujar Inas al-Ghoul lagi.

Tak menelan kos pembinaan yang besar

Malah, saiz sistem penapisan yang hendak dibina juga boleh dilaraskan mengikut kesesuaian tempat dan saiz keluarga pengguna.

Peranti yang dibina Inas al-Ghoul itu turut ditempatkan di sebuah kem pelarian yang menempatkan kira-kira 5,000 penduduk Gaza dan mampu memenuhi keperluan semua penghuninya.

Dalam pada itu, Inas al-Ghoul berharap dia mendapat sokongan dana daripada komuniti antarabangsa untuk menambah baik peranti tersebut.

Ia bagi membolehkan sistem berkenaan dikembangkan dan dipasang di seluruh Gaza bagi memenuhi keperluan air bersih yang mendesak yang dialami warganya.

BACA: Remaja Maut Dipercayai Terjatuh Ke Dalam Tasik Berdekatan PPR Permai

Sumber: Middle East Eye, Dialogue Pakistan