Siakap Keli
emas armin jurulatih
Gambar: Wan Sukairi Wan Abdullah

Rangkul Emas Pada Penampilan Pertama, Jurulatih Armin Zahryl Tunai Nazar Botak Kepala

Rangkul Emas Pada Penampilan Pertama, Jurulatih Armin Zahryl Tunai Nazar Botak Kepala

Selepas memenangi emas dalam acara 110 meter berpagar lelaki, pelari Terengganu, Mohamad Armin Zahryl Abdul Latif mencuri perhatian ramai selepas meluru berjumpa dengan jurulatihnya, Zainuddin Yusof.

Armin yang dilihat penuh linangan air mata itu terus meluru kepada Zainuddin untuk memeluknya sambil memegang bendera.

Momen menyentuh hati tersebut dikongsikan menerusi hantaran Facebook Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.

Atlet Lari Berpagar Terengganu
Gambar: Wan Sukairi Wan Abdullah

“Antara momen yang cukup menarik perhatian dan menyentuh hati saya hari ini.

“Sejurus sahaja tamat dan diumumkan sebagai pemenang pingat emas 110 meter petang ini, saudara Armin Zahryl Abd Latif terus meluru berjumpa dengan jurulatihnya, Encik Zainuddin Yusof dengan linangan air mata serta penuh kesyukuran,” kongsinya sewaktu bertemu dengan mereka.

Difahamkan hubungan Armin dan pelatihnya tak ubah seperti anak dan bapa, tidak perlu diperkatakan hingga Zainuddin sanggup membotakkan kepalanya selepas pertandingan berkenaan.

Gambar: Wan Sukairi Wan Abdullah

Jelasnya, dia telah bernazar dari awal lagi untuk melakukan perkara itu agar meningkatkan semangat juang dan motivasi pelari muda itu.

“Saudara Armin terlalu rapat dan akrab dengan jurulatihnya ini, umpama seorang bapa yang mendidik anaknya.

“Tidak hairanlah, kemesraan mereka tergambar begitu erat. Biarlah gambar berbicara.

“Usai saya bertemu bersama saudara Armin, saya diberitahu bahawa beliau diminta untuk menunaikan nazar jurulatihnya itu untuk memotong rambut” tulisnya.

Ditanya kenapa sanggup bernazar sedemikian, Zainuddin memberitahu dia ingin menaikan semangat dirinya sendiri untuk melatih Armin supaya dia bersungguh-sungguh berlatih.

“Sekaligus bila dia tengok jurulatih sanggup untuk potong rambut demi dapatkan pingat emas, maka saya harap beliau juga akan termotivasi.

“Alhamdulillah, akhirnya impian dan harapan telah tercapai pada hari ini. Tahniah buat saudara Armin Zahryl dan jurulatihnya, Encik Zainuddin Yusof,” luahnya.

https://www.facebook.com/ustazwansukairi4wakafmempelam/posts/pfbid02usbSayuTGXvDrDp4NEVT6Qe8j9Vyv5QervvGHHtZneSr1gnTxCYCitriZ6uCw55Jl?rdid=OdPibxA5ZtFmYGvA

Sumber: Facebook Wan Sukairi Wan Abdullah 

BACA: Perkhidmatan Kereta Api Bangkok-Padang Besar-Butterworth Akan Disambung Semula

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: