Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
hijack 1971
Gambar: The Korean Times

Inspirasi Kisah Benar Di Korea Selatan, Hijack 1971 Buat Penonton Cemas

Azizah Najib

Inspirasi Kisah Benar Di Korea Selatan, Hijack 1971 Buat Penonton Cemas

Kejadian rampasan dan pesawat terhempas merupakan kejadian yang tidak asing bagi seluruh dunia dari dahulu sehingga kini. Malah pada tahun 1990, sebanyak 38 kes rampasan pesawat di seluruh dunia direkodkan berlaku. Korea Selatan tidak terkecuali apabila melibatkan ancaman pengganas.

Malah, bagi mengatasi kes-kes kejadian rampasan pesawat, kerajaan Korea Selatan turut menugaskan In-Flight Security Officer. Kewujudan pegawai keselamatan ini dapat dilihat dalam Hijack 1971, sebuah filem yang diinspirasikan daripada kejadian sebenar rampasan pesawat penumpang Korea Selatan pada tahun 1971. Filem ini telah ditayangkan di panggung wayang bermula 1 Ogos 2024.

Sinopsis

Filem Hijack 1971 merupakan olahan dari dua kejadian sebenar rampasan pesawat di Korea Selatan. Bermula dengan garis masa ketika tahun 1969, kelihatan dua orang juruterbang jet pejuang sedang mengadakan latihan penerbangan. Kemesraan dan kerjasama berpasukan yang diselang-selikan dengan panorama alam semula jadi dari sudut pandang kedua juruterbang itu tidak kekal lama apabila sebuah pesawat penumpang dilaporkan menuju ke arah Korea Utara.

Biarpun Tae In, yang dilakonkan oleh Ha Jung Woo, mendapat arahan untuk menembak jatuh pesawat tersebut, keinginan hati menyelamatkan kesemua penumpang melebihi segalanya. Atas dasar perikemanusiaan, Tae In bertindak membiarkan pesawat penumpang tersebut melepasi sempadan dan masuk ke Korea Utara. Dari peristiwa ini, bermulalah segala naik turun kehidupan hampir ratusan penduduk Korea Selatan.

1971, Tae In yang dilucutkan jawatan kini menjadi pembantu juruterbang syarikat penerbangan Korea Airlines, mengiringi Kapten Gyoo Sik yang dilakonkan oleh Sung Dong Il.

Dalam penerbangan dari Sokcho ke Seoul yang sepatutnya mengambil masa tidak sampai dua jam, Tae In perlu membuat keputusan drastik apabila rampasan pesawat penumpang itu pula berlaku. Sebagai seorang yang berpengalaman berdepan dengan situasi tegang, Tae In hadapi situasi dengan tenang dan mampu berunding beberapa kali bersama perampas.

Namun, keadaan meruncing apabila tentera dari Korea Utara dan Korea Selatan mula terlibat. Kedua-dua pihak tekad untuk menembak jatuh pesawat berikutan masing-masing tidak ada mengeluarkan sebarang arahan terhadap pesawat tersebut.

Ulasan Hijack 1971

Filem yang mendapat kutipan lebih USD 12 juta ini diarah oleh Kim Sung Han I dengan gandingan penulis skrip, Kim Kyung Chan. Sebelum mengulas, penting untuk pembaca kenali penulis skrip filem ini. Kim Kyung Chan merupakan penulis skrip yang mendapat pelbagai anugerah dan pencalonan menerusi filem 1987: When The Day Comes dan Cart.

Sebagai ulasan, saya simpulkan bahawa tiada seorang pun yang melengahkan masa, termasuk pengarah dan penulis. Mungkin ada satu atau dua adegan yang berulang tetapi ia tidak menjadikan cerita meleret. 100 minit tontonan tidak terasa kerana setiap saat memerlukan tumpuan. Apatah lagi sarikata Bahasa Melayu yang agak panjang berbanding dialog pertuturan Bahasa Korea yang pendek dan laju.

Sejak dari permulaan filem lagi, penonton disajikan dengan pelbagai istilah dan teknik penerbangan, serta merasai kepuasan dengan kelajuan sebuah jet. Biarpun nampak agak teknikal, dan tidak penting dalam jalan cerita, maklumat tersebut diguna semula sedikit demi sedikit sepanjang filem.

Malah, kemunculan watak sampingan yang tidak mempunyai sebarang dialog berulang kali turut menunjukkan watak tersebut perlu diberi perhatian oleh penonton.

Penggunaan semula semua maklumat ini, sebagai contoh pilihan cara menerbangkan pesawat tidak dapat diteka disebabkan kelompongan pada dialog dan babak. Mungkin juga disebabkan sebagai orang awam, kita tidak dapat meneka teknik dan strategi yang boleh dilakukan ketika itu.

Pada awal cerita, Sung Han I menyusun fakta dan kejadian dengan baik dalam filem debutnya ini. Namun, apabila rampasan pesawat bermula, terdapat begitu banyak lompong dan ruang kosong yang tidak terjawab. Atau mungkin dibiarkan untuk penonton mengisi sendiri ruang-ruang tersebut.

Kelompongan ini menyebabkan kita terfikir pelbagai kemungkinan terutamanya sebagai seorang yang patriotik (Tae In), pilihan perlu dibuat antara prinsip, peraturan, ancaman dan sifat kemanusiaan.

Secara peribadi, sejumlah besar ruang kosong yang ditinggalkan oleh pengarah itu saya isi berdasarkan satu kata-kata yang dilontarkan oleh pegawai atasan Tae In ketika dia dibuang dari tentera. Watak ini dilakonkan oleh salah satu pelakon terkenal, Kim Jong Soo.

BACA: Mission: Cross, Filem Aksi Sarat Komedi Santai

Jadi, di sini timbul beberapa persoalan. Betulkah peristiwa ini benar-benar berlaku di Korea? Sejauh manakah kebenaran peristiwa tersebut dan berapa ramaikah rakyat Korea Selatan terkesan? Apakah sebab di sebalik kelompongan yang dibiar oleh pengarah dan penulis skrip dalam hasil seni mereka kali ini?

Kesemua persoalan ini terjawab dalam satu kenyataan Sung Han I ketika sidang media di Korea Selatan. Seperti juga mana-mana filem yang diolah dari kisah benar, sudah pasti Hijack 1971 tidak 100 peratus menepati sejarah kejadian sebenar. Biarpun begitu, Sung Han I akui dia tetap cuba untuk mengelak dari mengolah kejadian sebenar terlalu banyak.

“Saya sasarkan untuk gambarkan (kejadian) itu dengan benar, kerana kejadian ini benar-benar berlaku kepada orang sebenar. Saya perasan penonton moden tak selalunya minat dengak cerita yang terlalu sentimental, walaupun saya sendiri rasa ia menarik.

“Saya percaya melodrama boleh menjadi berkesan jika bertepatan dengan plot, tetapi saya pilih untuk tak tonjolkan dalam kerja kali ini.

“Saya mahu penonton tonton filem ini macam itu (tanpa elemen yang terlalu sentimental) dan dapat rasakan ‘berat’ selepas menonton filem ini,” katanya.

Pada pandangan saya, Sung Han I memang berjaya buatkan kita rasa hati yang berat selepas filem tamat dengan adanya lompong-lompong tadi. Ditambah pula dengan gabungan muzik latar yang kena pada situasi, elemen emosi dimainkan dengan begitu baik sekali.

Untuk mengetahui sejauh mana kebenaran peristiwa Hijack 1971, mari kita telusuri sejarah rampasan pesawat yang menyayat hati ini.

Sejarah sebenar peristiwa Hijack 1971

Dalam catatan Arkib Biro Kemalangan Pesawat, kejadian ini benar-benar berlaku.

Pada tahun 1971, sebuah pesawat penumpang Korea Airlines yang menuju ke Seoul dari Sokcho dilaporkan telah dirampas oleh seorang pemuda yang berusia 22 tahun. The New York Times turut mempunyai simpanan arkib keratan akhbar berita kejadian tersebut.

Pesawat Fokker F27 Friendship yang terhempas di sebuah pantai mencatatkan dua kematian iaitu seorang kru dan seorang penumpang.

“Tidak lama selepas berlepas dari Gangneung ke Seoul, seorang lelaki datang ke kokpit dan merampas pesawat dengan menyuruh kru mengubah laluan ke arah Korea Utara. Ketika mendekati sempadan, kru merendahkan altitud sebagai cubaan mendarat di sebuah pantai apabila perampas membuka pin bom tangan yang meletup di dalam kokpit. Cedera, kapten terpaksa membuat pendaratan.

“16 individu cedera dan 42 lagi selamat. Pesawat tersebut rosak dan tidak dapat dibaiki,” kata Arkib Biro Kemalangan Pesawat.

Apa yang lebih menyayat hati, pengarah menyelitkan satu keratan video lama di penghujung filem ini. Video tersebut menunjukkan keadaan sebenar bangkai kapal terbang tersebut dan upacara pengebumian pembantu juruterbang itu. Video tersebut diambil sebahagian kecil dari rakaman berita KTV ini.

Jadi bagi anda yang gemarkan filem berentak pantas dan memuaskan keterujaan tanpa henti, anda disarankan tonton filem Hijack 1971. Tanpa keadaan terlalu haru-biru seperti filem Barat yang sering menggunakan banyak bunyi dan lampu amaran, filem ini sememangnya memberi penonton ruang menyelami emosi di setiap babak.

Saya titipkan nasihat buat bakal penonton, sediakan sekotak tisu.

BACA: Sama Tinggi Dengan Bapa, Ramai Terkejut Tengok Perubahan Daehan, Minguk & Manse

Sumber: Bureau of Aircraft Accidents Archives, Yahoo, YouTube, The Korea Times