Siakap Keli
luqman podolski klook

Luqman Podolski Dan Klook Malaysia Melancarkan ‘Klook World Kelas’

Luqman Podolski Dan Klook Malaysia Melancarkan ‘Klook World Kelas’

Kuala Lumpur, 22 Ogos 2024 – Klook, platform perkhidmatan dan aktiviti pelancongan  terkemuka di Asia, kini bekerjasama dengan artis tempatan, Luqman Podolski, dalam pelancaran video muzik terbarunya, ‘Klook World Kelas.’ Ia meraikan ulang tahun ke-10  Klook dan juga bertepatan dengan ketibaan Hari Merdeka ke-67.  

Kerjasama ini dijalin bagi memastikan Klook sentiasa diingati oleh para pengembara dan menjadikannya pilihan utama untuk mendapatkan pengalaman yang pasti tidak dapat  dilupakan.

Ia diharapkan dapat menginspirasi pengembara untuk sentiasa #KlookDulu ketika merancang pengembaraan yang seterusnya.  

Luqman bermula sebagai seorang penghasil karya dalam talian dengan lebih daripada 2  juta pengikut di media sosial. Dia terkenal dengan personalitinya yang ceria, bertenaga kreatif, dan gaya yang menghiburkan.

Dalam kerjasama ini, Luqman Podolski mempamerkan bakat nyanyian dan lakonannya dalam video muzik ‘Klook World Kelas’,  yang menceritakan kisah lucu seorang guru sekolah menengah yang cuba membimbing  para pelajarnya untuk merancang percutian dengan sempurna.

luqman podolski klook

Pengarah Pemasaran Klook Malaysia, Rachel Tan, menyatakan kegembiraannya dengan  kerjasama ini: “Personaliti ceria dan pendekatan kreatif Luqman Podolski amat sesuai  dengan Klook.

Kami percaya kerjasama ini akan menarik perhatian rakyat dan  menggalakkan mereka untuk menikmati perjalanan mereka dan meneroka destinasi  tempatan serta antarabangsa bersama dengan Klook.

Jangan lupa untuk #KlookDulu bagi mendapatkan pengalaman pelancongan berkualiti yang pasti tidak dapat dilupakan!”

Keunikan Luqman berjaya menggambarkan misi Klook untuk menyuntik keceriaan dan  hiburan dalam setiap pengembaraan. Kisah ceria ini bukan sahaja menghiburkan, ia juga memaparkan minda pengembara muda Malaysia yang suka aktiviti spontan tetapi cakna  dengan bajet kewangan mereka. Video muzik Luqman kini sedia untuk tontonan semua: Klook World Kelas

luqman podolski klook

Jimat sehingga RM499 dengan kempen #KlookDulu daripada Klook, berlangsung dari 19 Ogos hingga 22 September! Nikmati tawaran eksklusif seperti diskaun 31% pada 31 Ogos untuk Discover Negaraku, jualan besar 9.9 Big Sale yang bermula pada harga RM9 setiap  hari, dengan aktiviti putar dan menang pada 9.9, serta tawaranBeli 1 Percuma 1 pada 16 September untuk Jom Cuti Sekolah.

 Ingat untuk #KlookDulu bagi mendapatkan tawaran  terbaik! Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari Laman Web Klook.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.