Siakap Keli
myra cove

Melangkah Ke Dunia Myra Cove: Kediaman Sempurna Di Kuala Lumpur Untuk Kehidupan Lebih Bermakna

Fasa 1 hampir habis dijual, Fasa 2 kini dibuka berikutan sambutan yang menggalakkan

Cyberjaya — Myra Land Sdn Bhd dengan bangganya memperkenalkan fasa kedua Myra Cove, sebuah kawasan kediaman yang mendefinisikan semula erti kehidupan mewah di Kuala Lumpur. Dengan kejayaan Fasa 1, Myra Cove terus mengorak langkah dengan menetapkan standard baharu dalam kecemerlangan , menampilkan kediaman yang menepati slogan “Kehidupan Tanpa Kompromi.”

Myra Cove Fasa 2 merupakan sebuah kondominium yang menawarkan keluasan seperti kediaman bertanah, selain menekankan kehidupan berkepadatan rendah berorientasikan komuniti. Projek strata pegangan bebas seluas 11 ekar ini menampilkan 700 unit, berkeluasan antara 1,233 hingga 2,060 kaki persegi, dengan dua tempat letak kereta bagi setiap unit. Bermula daripada RM620,000, projek ini menawarkan harga paling kompetitif bagi sekaki persegi di Cyberjaya, berbanding dengan kediaman lain seumpamanya.

Roy Chin, Pengurus Besar, Myra Cove, berkata, “Apa yang benar-benar membezakan Myra Cove adalah komitmen tidak berbelah bahagi dalam memenuhi kehendak setiap pelanggan yang tahu apa mereka inginkan. Berikutan pandemik yang melanda negara sebelum ini, kami melihat perubahan ketara dalam pilihan gaya hidup, di mana terdapatnya permintaan bukan sahaja untuk kediaman mewah tetapi juga kawasan di mana penghuninya dapat menikmati persekitaran semula jadi, merasai kebebasan dan kehidupan bermasyarakat, serta ruang kediaman yang selesa untuk keluarga. Myra Cove menetapkan piawaian yang tiada tandingan dengan reka bentuk yang mengutamakan kehendak penghuni, dikelilingi keindahan alam semula jadi yang menyihatkan.”

Kebebasan Kehidupan: Peralihan Kehidupan Bandar yang Sempurna

Dengan peningkatan pendapatan yang tinggi pada tahun 2019 dan trajektori pertumbuhan pesat di KL South, Cyberjaya adalah sebuah lokasi yang cukup ideal. Uniknya, Cyberjaya menyediakan keseimbangan antara persekitaran hidup yang dikelilingi kedamaian dan kemudahan kebolehcapaian , menjadikannya sebuah pilihan untuk gaya hidup yang tenang tanpa menjejaskan keselesaan hidup di bandar, sekaligus mencipta persekitaran yang sempurna demi kehidupan yang bermakna.

Penghuni juga bebas menikmati pelbagai kemudahan terbaik dalam komuniti yang terletak dalam lingkungan radius hanya 1 km hingga 8 km, seperti Dpulze Shopping Centre, IOI City Mall, Hospital Cyberjaya, taman dan institusi pendidikan berprestij.

Pembangunan ini juga mudah diakses melalui empat (4) lebuh raya utama – ELITE, Mex, SKVE dan Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya, memastikan kehidupan bandar sentiasa dalam jangkauan.

Ketenangan tanpa Batasan: Ruang yang Selamat dan Kemudahan yang Selesa

Menurut Sean Tan, seorang pencipta kandungan hartanah Malaysia di YouTube, “Myra Cove menampilkan pendekatan segar terhadap seni bina kediaman. Setiap reka bentuk menampilkan kesenian yang tersendiri, menjadikan setiap bahagian dalam pembinaan kediaman unik dan menepati keperluan setiap penghuninya, tanpa mengabaikan mana-mana perincian.”

Hasil kerjasama dengan arkitek yhsA yang telah merangkul pelbagai anugerah dan arkitek landskap terkenal Praxcis, Myra Cove mengguna pakai falsafah reka bentuk holistik yang menggabungkan alam semula jadi dan inovasi secara harmoni bagi memperkasakan komuniti dan ruang.

Myra Cove menawarkan taman persendirian seluas 4 ekar, menjanjikan ruang yang selesa untuk detik peribadi. Penghuni boleh menikmati keindahan alam semula jadi dengan adanya laluan pejalan kaki, taman permainan dan taman berimbun hijau, semuanya direka khas untuk persekitaran yang tenang dan sejahtera bagi penghuni di sini.

Selain daripada kemudahan mewah diatas, kolam infiniti dan gimnasium canggih dengan pemandangan tasik yang menakjubkan turut disediakan.

Keselesaan Tiada Tandingan – Ruang untuk Semua

Dengan 19 pelan lantai yang unik dan luas, penghuni diberi kebebasan untuk memilih ruang sempurna bersesuaian dengan keperluan dan gaya hidup mereka. Privasi dan kualiti hidup juga ditingkatkan dengan reka bentuk berkepadatan rendah, tanpa perlu mengorbankan hubungan komuniti yang rapat dan mesra. Setiap kediaman telah direka teliti dengan ruang peribadi anda sebagai keutamaan, dan pilihan pemandangan berlatarkan langit bandar atau tasik yang tenang.

Myra Cove memperkenalkan tiga kategori unit yang berbeza, setiap satunya direka untuk memenuhi pelbagai gaya hidup dan peringkat kehidupan. Unit kategori Express adalah antara 877 hingga 1,335 kaki persegi, amat sesuai untuk individu. Manakala, unit kategori Embrace yang berkeluasan 1,336 hingga 1,431 kaki persegi, menawarkan suasana intim yang membolehkan pasangan membina kehidupan bersama dengan bebas dan penuh gaya. Untuk mereka yang telah berkeluarga, unit kategori Eden, bersaiz antara 1,548 dan 2,060 kaki persegi, menyediakan ruang yang cukup sempurna untuk setiap ahli keluarga.

Myra Cove menawarkan lebih daripada sekadar tempat tinggal; detik-detik paling berharga dalam kehidupan diraikan di sini. Berpengalaman dalam membangunkan lebih 28,000 kediaman dan projek hartanah lain, Myra meraikan setiap kebahagian dalam kehidupan, menghubungkan alam semula jadi dengan kemewahan moden untuk setiap penghuni.

Untuk maklumat lanjut tentang Myra Cove, termasuk pelan lantai, harga dan lawatan maya, sila layari https://www.myra.com.my/myra-homes/myracove/

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.