Siakap Keli
Penyanyi Lagu 'Abang Beca'
Kredit: Astro Awani

M Rizal, Penyanyi Lagu Abang Beca Meninggal Dunia

M Rizal, Penyanyi Lagu Abang Beca Meninggal Dunia

Penyanyi era 70-an, M. Rizal dilapor meninggal dunia pada usia 71 tahun, pada Khamis.

Menurut Astro Awani, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Damai Jaya, Skudai, Johor kira-kira jam 10.55 malam.

M. Rizal atau nama sebenarnya Mohd Razali Hashim yang dilahirkan pada 19 Julai 1953 merupakan Juara Bintang RTM 1978.

Berasal dari Teluk Intan, Perak, Allahyarham pernah menghasilkan tiga album studio antaranya lagu Abang Beca yang pernah dipopularkan oleh Broery Marantika.

Jenazah Allahyarham telah dikebumikan pada jam 10 pagi

Di samping itu, beliau turut dikenali dengan lagu Hatiku Menangis Kernamu dan Usah Kau Rayu Padanya (OST filem Sumber Ilhamku lakonan Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan Allahyarham Latiff Ibrahim)

Menurut Astro Awani lagi, jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Impian Emas, Skudai kira-kira jam 10 pagi tadi.

Selain itu, Allahyarham M. Rizal turut meninggalkan isteri, Salmah Musa yang berusia 74 tahun bersama lima anak dan 11 cucu.

BACA: ‘Lembu’, ‘Durian’ Antara Kod Sulit Digunakan Penguat Kuasa Tutup Jejak Sindiket

Sumber: Astro Awani

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.