Malabar Gold & Diamonds Teruja Sambutan Kemerdekaan Yang Ke 67
Malabar Gold & Diamonds, peruncit barang kemas ke-6 terbesar di dunia dengan lebih daripada 350 bilik pameran di 13 negara, telah melancarkan kempen Kemerdekaan Malabar Gold & Diamonds yang ke 9 bertemakan “Abadikan Semangat Kemerdekaan 67 Tahun” kelmarin di bilik pameran di Masjid India bersama pelanggan istimewa dan rakan media.
Hari Kebangsaan di Malaysia adalah satu acara yang membangga Malaysia, sebuah negara yang berbilang bangsa dan penuh perpaduan. Malabar Gold & Diamonds turut berbangga kerana ini merupakan tahun yang 9 meraikan Merdeka bersama pelanggan di Malaysia yang terus memberi sokongan kepada jenama ini.
Oleh itu kami pastikan sesuatu yang istimewa kepada pelanggan setia kami setiap bulan kemerdekaan ini.
Untuk kemerdekaan kali ini, kami mengabadikan semangat kemerdekaan dengan menjemput pelanggan setia untuk berpakaian tradisional Malaysia dan dijemput untuk berkongsi erti kemerdekaan kepada mereka.
Puan Sarah, seorang peguam berkata “Rakyat Malaysia sangat beruntung kerana negara kita aman dan makmur, pelanggan dapat berhias diri ke majlis seperti hari ini, bershopping bersama rakan2, gembira menikmati juadah dan menjamu mata dan perniagaan boleh dilaksanakan dengan sempurna. Tidak seperti negara yang ditimpa bencana alam dan peperangan dan suasana yang ketakutan dan kesedihan.”
“Kemerdekaan adalah satu saat di mana kita sebagai seorang individu mampu hidup tanpa kongkongan, boleh membuat pilihan dan ini mesti dihargai dan dipupuk kepada generasi yang baru yang mungkin tidak kenal erti kemerdekaan kata Puan Rafeah.
Untuk peminat barangan kemas dan mereka yang menggunakan emas sebagai asset pelaburan, tawaran eksklusif Merdeka ini, yang akan berlangsung sehingga 1 September di semua bilik pameran Malabar Gold & Diamonds di Malaysia, memberi peluang istimewa kepada pelanggan untuk menukar balik barangan emas lama kepada yang baru dengan harga emas 100% tanpa susut nilai.
Pelanggan juga mempunyai peluang untuk menukar barang kemas emas 916 lama yang dibeli dari mana-mana tempat untuk mendapatkan rekaan terkini tanpa sebarang potongan.
Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan baucar tunai percuma dengan pembelian barang kemas berlian & batu permata berharga. Pelanggan yang membeli-belah di Malabar Gold & Diamonds dalam tempoh tawaran ini boleh mendapatkan baucar tunai percuma bernilai RM 200 dengan pembelian barang kemas berlian & batu permata berharga bernilai RM 6,000.
Untuk pembelian barang kemas berlian & batu permata berharga bernilai RM 3,500, baucar tunai percuma bernilai RM 100. Baucar tunai ini boleh digunakan oleh pelanggan untuk membeli barang kemas emas dan berlian, syiling emas atau bahkan jongkong emas semasa pembelian mereka yang seterusnya.
Pelanggan juga disajikan dengan koleksi istimewa Merdeka dari koleksi berlian NUWA yang diisnpirasikan alam semulajadi dan koleksi emas 916 inspirasi bunga kebangsaan Malaysia, bunga raya
Sepanjang berada di persada ini, kami telah menjadi jenama yang dipercayai di kalangan warga dan penduduk dari pelbagai latar belakang, termasuk masyarakat Melayu tempatan. Untuk memberi kepuasan citarasa pelanggan, Malabar Gold and Diamonds giat memperluaskan portfolio rekaan dan mutu kerjatangan kami.
Pada kesempatan istimewa ini, Malabar Gold & Diamonds mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada semua,” kata Encik Shamlal Ahamed, Pengarah Urusan Operasi Antarabangsa di Malabar Gold & Diamonds.
Malabar Gold & Diamonds, yang terkenal dengan jenama dan koleksi eksklusifnya seperti Mine, Era, Viraaz, Precia, Nuwa, dan Bella, menawarkan pelbagai jenis barang kemas Emas, Berlian, dan Batu Permata yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan yang bijak di Malaysia.
Dari rekaan harian yang elegan dan rekaan pejabat yang canggih hingga rekaan menakjubkan untuk acara khas dan perhiasan pengantin, Malabar Gold & Diamonds mempunyai sesuatu untuk semua orang.
Dengan sembilan bilik pameran yang terletak di seluruh Malaysia, termasuk dua di Jalan Masjid India dan yang lain di Pulau Pinang, Klang, Bandar Seremban, Ipoh, Ampang Point Shopping Centre, Mydin Mall Subang, dan Mydin Mall Seremban, jenama ini memastikan akses mudah kepada perkhidmatan bertaraf dunia dan koleksi eksklusifnya.
Yang ketara, bilik pameran di Ampang Point Shopping Centre, Mydin Mall Subang, dan Mydin Mall Seremban disusun khas untuk memenuhi citarasa unik peminat barang kemas Melayu, dengan rekaan yang dipilih dengan teliti untuk selaras dengan keutamaan mereka