Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
petanda awal sinkhole
Gambar: AFP

Petanda Awal “Sinkhole”, Ini Yang Perlu Anda Perhatikan

Azizah Najib

Petanda Awal “Sinkhole”, Ini Yang Perlu Anda Perhatikan

Bencana alam boleh berlaku sama ada disebabkan kejadian alam atau aktiviti manusia. Kejadian seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan taufan sememangnya merupakan aktiviti alam yang tidak dapat dikawal. Berlainan pula dengan kejadian banjir, tanah runtuh dan lubang benam.

Ketiga-tiga kejadian ini sering berlaku apabila hujan turun dengan lebat tetapi faktor dan prosesnya adalah berbeza. Dengan mengetahui kedua perkara ini dan melihat keadaan setempat, bencana tersebut dapat dijangka lebih awal. Selain daripada dapat mengelakkan ia berlaku, amaran awal juga dapat dikeluarkan untuk penduduk setempat bersiap siaga.

Antara ketiga-tiga bencana alam ini, lubang benam atau sinkhole merupakan kejadian yang paling sukar diramal. Hal ini berikutan proses pembentukan lubang benam tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Jadi, bagaimana untuk kita ketahui lubang benam bakal berlaku di sesuatu kawasan itu? Apakah tanda-tanda lubang benam bakal berlaku? Sejauh manakah kejadian lubang benam dapat dielakkan dari berlaku?

Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, ikuti perkongsian di bawah.

BACA: SAR Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan Pagi Ini

Apa itu lubang benam?

Kejadian lubang benam merupakan pembentukan lubang di atas permukaan tanah hingga ke dasar yang terbentuk bermula dari pembentukan gua atau lohong di kawasan batu kapur. Ahli geologi menggelar kejadian ini sebagai karst.

Bagaimana lohong tersebut boleh terbentuk?

Menurut Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (DEP), permukaan batu kapur mudah terlarut dengan air. Apabila terdedah dengan hujan yang diserap tanah atau terdapat aliran air bawah tanah, permukaan batu kapur akan terhakis sedikit demi sedikit.

Rekahan yang berlaku di permukaan turut menjadi semakin besar apabila air memasuki ruang-ruang tersebut. Semakin lama, semakin banyak batu kapur yang terhakis, lalu membentuk lohong atau gua di bawah permukaan tanah.

petanda awal sinkhole
Gambar: Advanced Geosciences Inc

Apakah petanda awal sinkhole bakal berlaku?

Seperti yang dinyatakan di atas, agak sukar untuk kita ketahui di mana dan bila lubang benam bakal berlaku. Pun begitu, menurut Advanced Geosciences Inc (AGI), sebahagian lubang benam ada menunjukkan tanda-tanda awal.

Terdapat tujuh tanda awal lubang benam yang boleh kita nampak iaitu kemunculan lekuk bulat di permukaan bumi, berlaku penurunan setempat berbanding tanah di sekitarnya dan adanya lopak air yang besar dan dalam. Lopak air menunjukkan lubang benam tersebut telah terbuka dan terisi dengan air.

BACA: 19 Terperangkap Di Risda Eco Park Diselamatkan Hari Ini – Polis

Selain daripada itu, kejadian sebahagian struktur bangunan yang mula jatuh dan retak juga boleh menjadi petanda awal lubang benam. Jika laluan pejalan kaki atau jalan tar yang anda lalui mempunyai rekahan seperti kulit buaya, itu juga salah satu tanda awal kemungkinan lubang benam bakal berlaku.

Tanda awal yang keenam boleh dilihat apabila berlaku penurunan paras air takungan secara tiba-tiba dan tanda ketujuh pula boleh dilihat apabila air hujan yang menghilang ke dalam bukaan tanah. Bukaan tanah ini bukan yang dikorek oleh manusia seperti laluan longkang, tetapi yang berlaku secara semula jadi. Aliran air hujan ini menunjukkan kemungkinan ia mengalir ke ruang kosong di bawah tanah.

petanda awal sinkhole
Gambar: AFP

Setelah mengetahui proses dan tanda awal lubang benam berlaku, adakah kita dapat menghalang perkara ini?

Lubang benam merupakan kejadian semula jadi

Jawapannya tidak. Lubang benam ini pada asalnya berlaku secara semula jadi melalui proses luluhawa. Tetapi, kita boleh mengelak kejadian ini dari berlaku secara mendadak dengan mengurangkan aktiviti manusia.

BACA: Kenapa Mata Jadi Merah Lepas Berenang Di Kolam Renang? Ini Sebabnya

Menurut DEP, kejadian ini berlaku secara mendadak dan di tempat yang tidak sepatutnya disebabkan aktiviti manusia.

“Landskap karst membentuk secara semula jadi melalui proses luluhawa jadi lubang benam boleh dikatakan kejadian semula jadi. Tetapi pengaruh (aktiviti) manusia menyebabkan lubang benam berlaku di tempat yang tidak sepatutnya terjadi secara semula jadi. Atau ia mungkin berlaku lebih cepat atau lebih mendadak dari secara semula jadi,” katanya.

Pelbagai aktiviti manusia mampu menjadi faktor berlakunya lubang benam. Antara aktiviti yang telah dikenal pasti ialah gangguan tanah seperti aktiviti penggalian, kebocoran paip air atau pembentung, perubahan aliran air dan pembinaan yang menambah berat beban di permukaan atas tanah.

Sumber: Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (DEP), Advanced Geosciences Inc. (AGI),