Siakap Keli
indrive

Raikan Hari Malaysia Bersama inDrive Dan Kedai Kopi Malaya

Raikan Hari Malaysia Bersama inDrive Dan Kedai Kopi Malaya

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2024 – Sempena sambutan Hari Malaysia, inDrive, platform e-panggilan global, dan Kedai Kopi Malaya, jenama makanan tempatan yang dikasihi, bekerjasama untuk memberi tawaran istimewa kepada rakyat Malaysia.

Kolaborasi yang menarik ini mengetengahkan gabungan sempurna antara kemudahan dan kenikmatan kulinari, menggabungkan dua elemen penting dalam budaya Malaysia — bersiar-siar dan menikmati makanan yang hebat.

Berkongsikan komitmen sama bagi memperkayakan kehidupan harian rakyat Malaysia melalui pengalaman yang unik, inDrive dan Kedai Kopi Malaya bersedia untuk menyemarakkan sambutan ini dengan ganjaran yang istimewa.

Dari 1 September hingga 30 September 2024, pengguna yang memuat turun serta menggunakan aplikasi inDrive boleh menikmati diskaun sebanyak 10 peratus ke atas jumlah bil mereka serta Cendol percuma di lapan cawangan Kedai Kopi Malaya seluruh Lembah Klang.

Pengguna inDrive yang layak boleh menebus ganjaran ini dengan menunjukkan sejarah perjalanan mereka di cawangan yang terlibat.

indrive
(From left) Shankar Muniandy, Senior Operation Manager, Kedai Kopi Malaya and Govin Kumaar, Business Development Lead, inDrive Malaysia launched the special Malaysia Day collaboration.

Govin Kumaar, Ketua Pembangunan Perniagaan, inDrive Malaysia, meluahkan rasa gembiranya  terhadap kempen ini dengan berkata, “Perkhidmatan e-panggilan dan masakan tempatan adalah sebahagian besar daripada kehidupan rakyat Malaysia, menjadikan kolaborasi ini sepadan dengan Hari Malaysia.

Melalui kerjasama dengan Kedai Kopi Malaya, kami berharap dapat menyatukan rakyat Malaysia, sama ada untuk mengunjungi kedai makan kegemaran mereka atau berkongsi hidangan bersama orang tersayang. Kami juga berbangga menyokong jenama tempatan seperti Kedai Kopi Malaya, yang memainkan peranan penting dalam memelihara warisan kulinari kita.”

Shankar Muniandy, Pengurus Kanan Operasi, Kedai Kopi Malaya, tambah, “Kerjasama dengan inDrive untuk kempen Hari Malaysia ini adalah satu perayaan nilai dan tradisi yang dikongsi bersama. Di Kedai Kopi Malaya, kami membawa bersama perasaan nostalgia sejarah kami dari tahun 1948 dengan kemeriahan Malaysia moden. Kolaborasi ini membolehkan kami berhubung dengan rakyat Malaysia secara bermakna, menggabungkan kemudahan hari ini dengan kekayaan warisan, menawarkan pengalaman yang selesa dan kontemporari.”

indrive
Celebrate Malaysia Day with special rewards from inDrive and Kedai Kopi Malaya throughout the month of September.

Pada musim perpaduan ini, rehat dan nikmati hidangan tempatan kegemaran anda bersama inDrive dan Kedai Kopi Malaya. Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman Facebook inDrive dan Facebook Kedai Kopi Malaya.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.