Siakap Keli
filem pendek kita kan sama

Tayangan Perdana Filem Pendek “Kita Kan Sama: Inspirasi Dari Kisah Sebenar”

Tayangan Perdana Filem Pendek “Kita Kan Sama: Inspirasi Dari Kisah Sebenar”

Petaling Jaya, 26 Ogos 2024 (Isnin) – Saudagaar Asia dengan bangganya mempersembahkan tayangan perdana filem pendek “Kita Kan Sama: Inspirasi Dari Kisah Sebenar”, sebuah karya yang menyentuh hati dan mencerminkan semangat perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. 

Filem ini adalah sebuah adaptasi berdasarkan kisah benar, yang mengisahkan tentang perjalanan seorang anak muda, Said Saiful Fazli Said Aluwi (Pengasas Choco Albab), yang menemui jati diri dan nilai persahabatan tanpa batas perbezaan kaum dan budaya.

Filem ini menyoroti pengalaman peribadi beliau yang dibesarkan dalam suasana kampung yang harmoni.  Sama seperti majoriti kanak-kanak lain di kampungnya, Joe (nama layar) membesar dengan gaya hidup sebagai anak Melayu dan mengamalkan cara hidup sebagai masyarakat Melayu.  

Namun, ketika Joe mengetahui asal-usulnya yang sebenar, beliau  berhadapan dengan cabaran untuk menerima identiti barunya.  Realiti bahawa  beliau berketurunan India telah memberi satu kejutan pada diri.  Perkara tersebut turut mempengaruhi hubungannya dengan rakan-rakan dari pelbagai kaum. 

filem pendek kita kan sama

Walau bagaimanapun “Kita Kan Sama” membawa mesej yang kuat tentang pentingnya perpaduan dan kesamaan, serta bagaimana perbezaan budaya dan kaum sepatutnya menjadi kekuatan, bukannya halangan.

Pengarah filem ini, Shafieq Hashim, menekankan bahawa filem ini adalah usaha untuk memperlihatkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia yang penuh warna-warni.  Melalui ‘Kita Kan Sama’, filem pendek ini diharap dapat menyampaikan bahawa persahabatan dan kasih sayang adalah unsur yang paling penting dalam membina semangat perpaduan dalam membentuk negara yang bersatu padu.  

filem pendek kita kan sama

Filem pendek ini juga bertujuan untuk mengajak semua rakyat Malaysia merenung kembali nilai-nilai yang telah menyatukan kita semua selama ini.

Tayangan perdana yang berlangsung di Choco Albab HQ disambut meriah dengan barisan jemputan pengedar syarikat dan pihak media.  Filem ini dijangka akan menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat, dengan harapan boleh memberi impak positif terhadap hubungan antara kaum di Malaysia.

filem pendek kita kan sama
(Dari kiri ke kanan) Said Saiful Fazli Said Aluwi, Founder & CEO Saudagaar Asia Sdn Bhd Dan Datuk Zafrul Rizal Bin Mat, Pengarah Saudagaar Asia.

Choco Albab selaku penerbit utama, percaya bahawa filem ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu usaha untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Pihak syarikat berharap ‘Kita Kan Sama’ akan menyentuh hati setiap penonton dan mengingatkan kita semua tentang pentingnya menghargai perbezaan dan membina hubungan yang kukuh antara satu sama lain.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.