Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
lubang benam paling dalam
Gambar: Atlas Obscura

Ini Tujuh Lubang Benam Paling Dalam Di Dunia

Iqbal Yasir

Ini Tujuh Lubang Benam Paling Dalam Di Dunia

Sinkhole atau tanah jerlus baru-baru ini menjadi topik hangat di media sosial selepas beberapa kejadian itu dilaporkan berlaku di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur.

Kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu mengejutkan ramai pihak sekaligus meninggalkan kesan yang mendalam terhadap rakyat di negara ini.

Untuk pengetahuan, lubang benam ini merupakan kejadian alam semula jadi.

Tanah jerlus boleh berlaku secara tiba-tiba dan keluasan serta kedalamannya boleh menjadi cutup besar dan dalam, kadangkala cukup besar untuk menelan seluruh bangunan.

Struktur tanah berbatu kapur yang terdapat di kawasan itu mempengaruhi pergerakan air bawah tanah, selain menyebabkan tanah menjadi tidak stabil yang akhirnya mengakibatkan tanah jerlus atau lubang benam.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsi tujuh tanah jerlus yang paling mengerikan pernah berlaku di dunia di bawah ini.

Tujuh lubang benam paling seram

Lubang Benam Xiaozhai Tiankeng, China

Sinkhole menyeramkan dunia
Gambar: BBC

Terletak di daerah Fengjie, lubang benam Xiaozhai Tiankeng merupakan lubang benam paling dalam di dunia.

Ia mempunyai kedalaman 662 meter dan terbentuk di atas gua Difeng batu kapur. Lubang Xiaozhai Tiankeng juga membawa maksud ‘lubang syurga’.

Crveno Jezero (Red Lake), Croatia

Gambar: Research Gate

Dikenali sebagai Tasik Merah, lokasi ini merupakan lubang benam yang terbentuk daripada runtuhan gua berdekatan dengan bandar Imotski dengan kedalaman 530 meter.

Meskipun air tasiknya berwarna biru, ia dinamakan sempena tebing coklat kemerahan di sekelilingnya yang diwarnai oksida besi.

Sima Humboldt, Venezuela

Sinkhole menyeramkan dunia
Gambar: Youtube Natural Wonders

Salah satu sinkhole gergasi dunia, Sima Humboldt ini terletak di puncak Cerro Sarisarinama sebuah gunung rata di Boliver, Venezuela.

Menariknya, lubang benam sedalam 314 meter itu dikelilingi hutan.

Manakala, satu lagi lubang di kawasan berkenaan dikenali Sima Martel yang mempunyai kedalaman 700 meter.

Dragon Hole, Kepulauan Paracel, Laut China Selatan

Sinkhole menyeramkan dunia
Gambar: absolutechinatours

Ditemui pada 2016, Dragon Hole merupakan satu lubang benam yang terletak di dalam Laut China Selatan berhampiran Kepulauan Paracel.

Dragon Hole atau Yongle Blue (Mata Laut) dianggarkan mempunyai kedalaman 300 meter.

Lokasi ini turut menjadi tempat pelbagai hidupan laut dan batu karang tinggal.

Great Blue Hole, Belize

Sinkhole menyeramkan dunia
Gambar: The National

Blue Hole merupakan salah satu lubang bennam marin yang terletak di luar pantai Belize. Bagaimana pun, jangan hanya tengok pada persekitaran sahaja kerana ia mempunyai kedalaman 124 meter.

Ia adalah sebahagian daripada Sistem Rizab Terumbu Terumbu Belize yang lebih besar, tapak Warisan Dunia UNESCO.

Lubang Benam Lombong Tembaga, Chile

Gambar: X

Pada 2020, muncul sebuah lubang benam besar di Chile. Difahamkan, lubang ini mempunyai kedalaman sekitar 200 meter dan lebar 32 meter.

Lubang gergasi itu muncul di tapak lombong sebuah syarikat Kanada, Lundin Mining.

Lubang Benam Bandar Guatamela

Sinkhole menyeramkan dunia
Gambar: Atlas Obscura

Pada tahun 2010, kemunculan satu lubang benam di tengah bandar telah menjadi perdebatan dunia ketika itu sekaligus membuatkan penduduk berasa takut.

Menurut National Geographic, lubang itu mempunyai kedalaman lebih 100 meter dengan 18 meter lebar.

Difahamkan, lubang itu terbentuk akibat faktor tanah dan paip pembentung bawah tanah pecah hingga terjadinya lubang sebesar itu.

Sumber: National Geographic, Live Science

BACA JUGA: “Hati-hati Datang Malaysia…” Warga Asing Akui Ketagih Dengan Malaysia

BACA JUGA: Siap Rap, Pelajar SJKC Raih Perhatian Berlatih Nyanyian Lagu Patriotik