Siakap Keli
program bermalam di muzium perdana

Majlis Perasmian Penutupan Program Bermalam Di Muzium Perdana 2024

Majlis Perasmian Penutupan Program Bermalam Di Muzium Perdana 2024

Kuala Lumpur, 31 Ogos 2024 – YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri  Perpaduan Negara telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Program Bermalam di Muzium Perdana 2024 anjuran Kementerian Perpaduan Negara menerusi Jabatan Muzium Malaysia (JMM) di Muzium dan Galeri Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, hari ini. 

Program Bermalam di Muzium Perdana ini merupakan salah satu program utama dalam Program Citra Nusa@Muzium. Program Citra Nusa@Muzium merupakan program permuziuman berteraskan warisan seni budaya  mensasarkan penyertaan seluruh masyarakat daripada pelbagai latar belakang budaya dan kaum. 

Program ini bertujuan untuk menyuburkan semula minat generasi muda terhadap warisan bersifat tangible (ketara) dan intangible (tidak ketara) menerusi pendekatan rejuvanate muzium (meremajakan muzium) melalui seni dan teknologi.

Seramai 2,222 orang peserta sekolah menengah yang berusia 13 hingga 17 tahun telah menyertai program ini melalui 33 buah muzium di seluruh negara yang terdiri daripada 18 buah Muzium Persekutuan di bawah  seliaan Jabatan Muzium Malaysia, 9 buah Muzium Negeri dan 6 buah Muzium Institusi seluruh negara. 

program bermalam di muzium perdana  Program Bermalam di Muzium Perdana 2024 ini telah berjaya mencipta  rekod dalam Malaysia Book of Record (MBOR) dengan penglibatan  peserta melukis poster patriotik paling ramai. Tema yang menjadi pilihan  pelajar menggambarkan unsur-unsur patriotik seperti wira-wira bangsa, bangunan bersejarah dan peristiwa sejarah.

Rekod yang telah dicipta adalah  Largest Participation in Patriotic Themed Poster Making. Pengiktirafan ini  telah diberikan oleh MBOR pada majlis menandatangani Sijil MBOR petang  tadi.

Penganjuran awal Program Bermalam di Muzium buat julung kalinya  dipelopori oleh Muzium Negara pada tahun 2005 dan diadakan bersempena sambutan bulan kemerdekaan negara.

Kejayaan penganjuran program ini telah merintis pelaksanaan program yang seumpamanya di beberapa  buah muzium lain di bawah pentadbiran JMM malah turut tersebar dan menjadi ikutan muzium-muzium lain di seluruh negara. 

program bermalam di muzium perdana

YB Datuk Aaron Ago Dagang dalam ucapannya menyeru supaya anak-anak muda agar meningkatkan semangat patriotisme serta memupuk  semangat perpaduan dalam diri untuk memastikan kemerdekaan tanah air ini terus kekal dan dipertahankan.  

Dalam program yang sama juga, Bank Negara Malaysa telah melancarkan ‘MAG in Your Pocket’ yang merupakan strategi digital Muzium dan Galeri  Seni Bank Negara Malaysia sebagai pembelajaran mudah alih tanpa  batas. Aplikasi ini menawarkan bahan pembelajaran yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira di mana mereka berada dalam memperluas  akses dan inklusiviti kepada pendidikan kewangan. 

program bermalam di muzium perdana

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Marzunisham Omar, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua  Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan Datuk Kamarul Baharin bin  A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.