Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
jajaran landasan kereta api melaka - tampin
Kredit: Persatuan Kartografi Melaka via Facebook
Tiada Kategori

Dipercayai Berusia Lebih 100 Tahun, Jejaki Jambatan Kereta Api Lama Belimbing Dalam

Azizah Najib

Dipercayai Berusia Lebih 100 Tahun, Jejaki Jambatan Kereta Api Lama Belimbing Dalam

Perjalanan kita melancong ke tempat orang tidak akan lengkap tanpa menikmati keindahan pemandangan alam semula jadi. Apatah lagi jika ia tidak sama dengan pemandangan di luar tingkap bilik sendiri. Perbezaan tumbuhan, cuaca dan suasana yang dirakamkan pasti menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Tidak perlu pergi jauh hingga ke negara orang, negeri-negeri di Malaysia juga punyai pelbagai keistimewaan tersendiri. Sebagai contoh, suasana dan alam semulajadi di Pulau Pinang tidak sama seperti di Lembah Klang. Begitu juga jika Terengganu, negeri dengan pantai-pantai yang cantik, dibandingkan dengan Perak, tempat yang sentiasa diiringi air terjun dan sungai.

BACA: Berusia Lebih 100 Tahun, Stesen Kereta Api Lama Batang Melaka Dijejaki

Jangan tak tahu, keindahan alam semula jadi tanah air kita telah lama menerima pujian dari pelancong luar. Lipatan sejarah yang tercatat pada tahun 1914 ada menggambarkan kecantikan alam semula jadi di Melaka yang memukau. Biarpun landasan kereta api jajaran Bandaraya Melaka ke Tampin kini sudah tidak lagi dapat dilihat orang ramai, namun keindahannya tersemat dalam lipatan sejarah.

Untuk ketahui lebih lanjut, ikuti perkongsian Pengerusi dan Penyelidik Persatuan Kartografi Melaka, Shahrul Azzim Abd Aziz berikut.

Pemandangan Landasan Kereta Api Bandaraya Melaka – Tampin, The Fairest In The Peninsula

Sekitar tahun 1914, jajaran landasan kereta api yang menghubungkan antara Bandaraya Melaka dengan Tampin pernah dicatatkan sebagai landasan kereta api yang mempunyai pemandangan paling indah dan cantik di Semenanjung Tanah Melayu pada waktu tersebut.

jajaran landasan kereta api melaka - tampin
Kredit: Persatuan Kartografi Melaka via Facebook

Catatan tersebut dipetik daripada naskah yang dihasilkan sekitar 110 tahun yang lalu bertajuk Federated Malay States Railways, 1914: Pamphlet of Information for Travellers. Tours in the Malay Peninsula. Di dalam naskah tersebut, sebuah petikan yang menggambarkan keindahan pemandangan jajaran landasan kereta api tersebut ditulis sebagai:

BACA: Nama Tercatat Dalam Peta Lama, Persatuan Kartografi Melaka Jejaki ‘Cotot’

Terjemahan di dalam Bahasa Melayu: Pemandangan di bahagian landasan kereta api yang terletak di antara Stesen Rembau dan Melaka adalah tanpa ragu yang paling indah di seluruh laluan terutamanya di kawasan antara Melaka dan Tampin. Oleh itu, betapa sayangnya untuk pergi dan pulang dari Melaka dengan kereta api malam kerana pemandangan yang hilang. Jalan tersebut melalui sejajar dengan landasan kereta api hampir sepanjang laluan dan untuk pemandangan, ia adalah yang paling indah di Semenanjung. Bukit biru yang jauh, sawah padi, kebun Melayu, sesekali sungai yang jernih atau kolam yang penuh dengan teratai memberikan pemandangan yang tidak akan pernah dilupakan.

Kredit: Persatuan Kartografi Melaka via Facebook

Jajaran landasan kereta api Bandaraya Melaka – Tampin pernah tercatat 103 tahun dahulu

Naskah kartografi yang dipaparkan adalah sebuah peta lama bertajuk Map of British Malaya including the Straits Settlements, Federated Malay States and Malay States not included in the Federation, Tahun 1921. Di dalam naskah kartografi berusia 103 tahun tersebut ada menunjukkan jaringan landasan kereta api yang menghubungkan Tampin (Stesen keretapinya terletak di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka) dengan Bandaraya Melaka dan stesen-stesen yang terdapat di sepanjang jajaran tersebut.

Kredit: Persatuan Kartografi Melaka via Facebook

BACA: Tercatat Dalam Naskhah Kartografi, Laluan Lama Hubungkan Melaka & Johor Dijejaki

Jika dilihat pada masa kini di tahun 2024, sebahagian pemandangan indah yang diceritakan masih dapat dinikmati walaupun jajaran landasan tersebut telah tiada atau telah digantikan dengan jalan raya yang melalui kawasan sekitar daerah Alor Gajah hingga ke pusat Bandaraya Melaka. Sebagai contoh, di laluan bekas jajaran landasan kereta api lama (Kini merupakan jalan yang dinamakan sebagai Jalan Keretapi Lama) yang terletak di Kg. Belimbing Dalam, Alor Gajah, masih kelihatan kehijauan sawah padi yang yang berlatar belakangkan pemandangan Bukit Panchor dan juga Sungai Melaka yang terletak tidak jauh dari sini.

Walaupun landasan kereta api yang menghubungkan Tampin (Stesen keretapi berada di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka) dengan Bandaraya Melaka telah dihentikan perkhidmatannya lebih 80 tahun yang lalu akibat dibongkar tentera Jepun, peninggalan seperti struktur jambatan, papan tanda lama lokasi, naskah kartografi dan dokumen lama yang merakam akan kewujudannya tetap menjadi sebahagian saksi dan bukti kepada sejarah sistem kereta api lama di Melaka.

Sumber: Persatuan Kartografi Melaka via Facebook