Siakap Keli
perlawanan MB Selangor Kedah
Gambar: Sinar Harian

Perlawanan Persahabatan: MB Selangor, MB Kedah Berentap Petang Ini

Perlawanan Persahabatan: MB Selangor, MB Kedah Berentap Petang Ini

SHAH ALAM —  Perlawanan persahabatan bola sepak pada petang ini akan menyaksikan pertembungan antara Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan MB Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Sinar Harian.

Difahamkan, perlawanan melibatkan kedua-dua MB itu dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang hingga 7 malam ini di Pusat Latihan Selangor FA, Shah Alam.

Dari perspektif lain, pertembungan kedua-dua figura politik ini di atas padang adalah bertujuan untuk merapatkan silaturahim.

Perlawanan ini dikongsikan menerusi hantaran Facebook Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA).

Menjengah ke ruangan komen, hantarantersebut dibanjiri dengan reaksi positif warga maya yang menyambut baik program itu.

Sebahagian mereka jelas teruja untuk melihat kedua-dua MB itu menunjukkan skil dan kehebatan masing-masing di atas padang.

“Salam ukhuwah Selangor dan Kedah,” ujar ringkas Khairul Azman.

“Budaya politik matang dan sejahtera perlu dipraktikkan, bukan retorik semata-mata. Budaya ini bakal diteladani oleh generasi sejahtera,” komen Mohd Amirrudin Ismail.

“Kami sokong Kedah la… Pulun Kedah Pulun,” tulis Putera Asyraf.

Sumber: Sinar Harian, Fb Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA).

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.