Kenapa Jurugambar Selalu Berpakaian Hitam?
Sekiranya dilihat dengan mata kasar, pekerjaannya nampak mudah. Hanya dengan menekan butang snap, gambar terus tersedia.
Realitinya bekerja sebagai jurugambar dan juruvideo memerlukan ilmu dalam pelbagai aspek.
Antaranya termasuklah pengetahuan dalam pencahayaan, sudut perspektif dan banyak lagi supaya setiap gambar yang diambil mempunyai hasil terbaik.
Apatah lagi, sekarang majlis-majlis korporat dan perkahwinan semakin advance dari segi pencahayaan (khususnya majlis pada sebelah malam) menjadikan ia salah satu cabaran besar buat mereka.
Kadangkala, dalam puluhan atau beratus gambar yang diambil hanya terselit dua, tiga sahaja hasil gambar terbaik.
Nak pula berjalan ke sana ke sini hingga bermandi peluh untuk mencari sudut terbaik. Kalau anda perasan, kebanyakan jurugambar dan juruvideo biasanya akan memakai pakaian serba hitam ketika melakukan kerja.
Kadangkala, ia membuatkan kita terfikir kenapa mesti warna hitam yang dipilih oleh mereka?
Tentu ada sebab kenapa pakaian berwarna hitam menjadi pilihan. Nak tahu sebab apa, ikuti perkongsian di bawah.
Sebab jurugambar pakai baju warna hitam
Menurut satu klip yang dikongsikan oleh pemilik akaun Instagram @jg_photography_25, terdapat beberapa sebab mengapa jurugambar dan juruvideo memilih warna ini untuk dipakai.
Warna hitam serap cahaya
Sebab utama para jurugambar sering memakai pakaian berwarna hitam ini adalah warna hitam tidak memantulkan cahaya sebaliknya menyerap cahaya (haba).
Perkara ini membolehkan mereka mengawal jumlah cahaya termasuk di persekitaran agar gambar yang diambil memperolehi hasil yang terbaik.
BACA JUGA: Minta Sunting Gambar Atas Kapal, Netizen Terus Hantar ‘Selamat Berlayar’
Ia termasuk mengelakkan pantulan cahaya daripada peralatan sekelling seperti gelas, cermin dan lain-lain.
Untuk tidak menonjol
Seperti yang diketahui, warna hitam adalah warna yang gelap, jadi ia tidak menarik perhatian atau pandangan orang lain, khususnya ketika majlis formal dan perkahwinan.
Sehubungan itu, apabila anda melihat ada jurugambar memakai baju berwarna hitam, jangan pelik. Ia merupakan salah satu strategi profesional ketika mengambil gambar.
Semoga bermanfaat.
https://www.instagram.com/p/C-v33X-uFlJ/
Sumber: Instagram @@jg_photography_25