Rupa-rupanya, Ini Cara Pekerja ‘Offshore’ Cuci Baju
Industri petroleum merupakan bidang kerja yang mencabar di mana mereka yang terlibat perlu berada di tengah lautan berbulan lamanya.
Tidak dinafikan, mereka yang kerja offshore ditawarkan dengan gaji yang lumayan, namun ia adalah kerja yang bermain dengan nyawa.
Berbulan-bulan di tengah lautan yang penuh gelora, meninggalkan ibu bapa, isteri dan anak merupakan momen yang sukar dalam hidup sesetengah individu..
Tidak hairan mengapa gaji yang dibayar adalah setimpal, apatah lagi jika seseorang itu sudah menjejakkan kaki di sana umpama terputus hubungan dengan dunia luar.
Tiada pusat beli-belah, taman permainan, yang tinggal hanyalah hamparan lautan biru.
Oleh itu, timbul pelbagai persoalan mengenai gaya hidup yang dijalani pekerja offshore termasuklah bagaimana cara mereka mencuci pakaian di atas pelantar minyak itu.
Menerusi satu vlog di YouTube, Uzair Mustaqim yang juga krew berkongsi bagaimana pekerja di sana mencuci pakaian mereka.
Katanya, setiap bilik tidur yang disediakan kepada pekerja akan diberikan satu beg yang dipadankan dengan nombor bilik.
Pakaian kotor biasanya akan diletakkan di dalam beg tersebut sebelum dibawa ke bilik cuci.
Rupanya macam ini “laundry” offshore
Dalam video berkenaan, Uzair memberitahu terdapat dobi yang disediakan di sana sama seperti keadaan sekitar perumahan.
Sekiranya dilihat, banyak mesin basuh disediakan kelihatan seperti di dobi.
Menariknya lagi, baju-baju kotor ini akan dicuci oleh hanya seorang individu yang dipanggil laundry boy di mana dia diamanahkan termasuk pakej melipat baju.
Jemur baju di mana?
Dalam pada itu, pekerja dan krew juga tidak perlu pening kepala sekiranya baju lembap atau basah kerana di tempat itu juga sudah disediakan pengering (dryer).
Setelah siap, baju tersebut akan dihantar ke bilik masing-masing.
Semoga soalan semua terjawab!
Sumber: YouTube Channel Uzair Mustaqim