Siakap Keli
ballon messi ronaldo

Ballon d’Or: Tiada Nama Messi Dan Ronaldo

Ballon d’Or: Tiada Nama Messi & Ronaldo Buat Kali Pertama Sejak 2003

Selepas 21 tahun, akhirnya Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo tiada dalam 30 calon akhir anugerah Ballon d’Or 2024.

Kali terakhir dua Greatest Of All Time ini tiada dalam senarai adalah pada tahun 2003.

Ini salah satu kayu pengukur di mana bola sepak sudah memasuki zaman yang baru dengan pemain-pemain hebat yang baru.

Antara 30 calon akhir yang tersenarai bagi merebut gelaran paling berprestij tersebut adalah Jude Belligham, Kylian Mbappe, Harry Kane dan Erling Haaland.

Bagi edisi yang lepas, Lionel Messi sekali lagi memenangi anugerah ini dengan pencapaian membawa Argentina memenangi Piala Dunia di Qatar.

Untuk rekod, Messi telah memenangi lapan anugerah Ballon d’Or sepanjang karier beliau setakat ini. Manakala, Ronaldo memenangi 6 kali.

Anugerah Ballon d’Or diperkenalkan sejak 1956 oleh sebuah majalah bola sepak dari Perancis iaitu France Football. Ia untuk memberi pengiktirafan kepada pemain yang menunjukkan prestasi luar biasa pada setiap tahun.

Pada 2010 hingga 2015, anugerah Ballon d’Or telah bergabung dengan FIFA World Player of the year dan dikenali sebagai FIFA Ballon d’Or.

Kerjasama itu berakhir pada tahun 2016 dan anugerah Ballon d’Or kembali bergerak sendirian dan FIFA juga meneruskan anugerah mereka dengan nama The Best FIFA Men’s Player.

Setakat ini, Lionel Messi menjadi pemenang Ballon d’Or paling banyak dan diikuti Cristiano Ronaldo ketika era kedua-dua pemain ini menggegar bola sepak dunia.

Sumber: Ballon d’Or

BACA JUGA: HRV RS e:HEV: SUV Segmen B Yang ‘Sedap’ Dipandu, Jimat Minyak

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)