Siakap Keli
Berbaju Melayu Ketika Sesi Media
Kredit: @johanghazali_ via Instagram

Berbaju Melayu Ketika Sesi Media Antarabangsa, Johan Ghazali Raih Pujian Ramai

Berbaju Melayu Ketika Sesi Media Antarabangsa, Johan Ghazali Raih Pujian Ramai

Jaguh muay thai negara dan bintang muda One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar, telah mencuri perhatian ramai apabila tampil dalam satu sesi temu bual dengan memakai baju Melayu.

Penampilannya yang unik dan penuh dengan identiti Malaysia itu segera mendapat perhatian, terutamanya daripada peminat sukan tempatan dan antarabangsa.

Dalam satu hantaran di Instagram menerusi akaun @johanghazali_, Johan kelihatan segak dan penuh gaya menyarungkan busana baju Melayu lengkap.

Pakaian tradisional ini adalah daripada jenama tempatan terkemuka, Bulan Bintang, yang menambahkan lagi sentuhan istimewa pada penampilannya.

“Mewakili Malaysia dengan berbaju Melayu oleh @bulanbintanghq untuk hari media pada hari ini,” tulis Johan dalam hantaran Instagramnya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai peminat dari Malaysia yang menyatakan rasa bangga mereka melihat bintang muda ini membawa pakaian tradisional negara ke pentas antarabangsa.

Pelbagai komen penuh sokongan dan doa agar Johan berjaya dalam perlawanan nanti membanjiri ruangan tersebut.

“Sampai ke US pakai baju Melayu. Good luck Jojo,”

“Kami sentiasa bersama Jojo,”

BACA: Walau Tewas, Rakyat Malaysia Puji Jojo Ghazali Tak Undur Dalam Gelanggang

BACA: Olimpiad Matematik Antarabangsa: 6 Pelajar Harumkan Nama Negara, Malaysia Catat Kedudukan Kedua Antara ASEAN

BACA: Isteri Derita Kanser ‘Pergi’ 2 Minggu Selepas Nikah, Suami Terjumpa Nota Pilu Tinggalan Arwah

Sumber: Johan Ghazali, Stadium Astro

Athirah

When nothing goes right, go left.