Kuala Lumpur, 5 Sept – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan seorang pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap seorang pemandu bas sekolah yang telah memuatnaik video pelajar yang dibawanya.
Beliau menyifatkan perlakuan itu sebagai melanggar privasi kanak-kanak selain berkata pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK) untuk tindakan lanjut.
“Kelakuan ini tidak boleh diterima dan tidak patut dinormalisasikan. Berkongsi gambar dan video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa, melanggar hak dan privasi kanak-kanak itu (Akta Kanak-kanak 2001),” katanya dalam satu ciapan di X, hari ini.
Beliau berkata demikian susulan hantaran seorang pengguna X yang berkongsikan beberapa tangkap layar hantaran TikTok milik seorang pemandu bas sekolah yang merujuk seorang murid perempuan sebagai ‘crush’ dan ‘kesayangan’.
This behaviour is not accepted and shouldn’t be normalised.
I have instructed the officers from Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) to file a police report immediately and we are ready to cooperate with D11 IPK Johor. https://t.co/kj22seEv6K
— Nancy Shukri (@NancyShukri) September 5, 2024